Header Ads

Mengapa Cincin Perkahwinan Dipakai Di Jari Manis?


Cincin perkahwinan adalah satu perhiasan yang sentiasa dipakai oleh setiap pasangan, menandakan simbol cinta untuk satu sama lain. Cincin perkahwinan berbentuk bulat kerana satu bulatan itu tidak ada permulaan dan penghujungnya; begitu juga dengan perkahwinan yang kekal selamanya.

Ketika upacara perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dilakukan sebelum menyarungkan cincin; walaubagaimanapun, cincin itu pasti disarungkan pada jari manis di tangan kiri. Hal ini menimbulkan persoalan 'mengapa?'.



Beribu tahun lalu, terdapat kepercayaan orang Yunani dan Rom percaya bahawa salur darah pada jari manis di tangan kiri itu bersambung ke jantung. Salur darah ini dikenali sebagai 'vena amoris' atau salur darah cinta.

Kepercayaan ini membawa kepada tradisi memakai cincin perkahwinan pada jari tertentu. Ianya adalah sebagai simbol pasangan yang berkahwin. Mengikut bukti saintifik, itu hanyalah satu mitos walaupun ramai yang masih mempercayainya.

Orang Cina mengeluarkan satu teori, yang mana agak menarik. Jika anda lihat pada tangan anda, setiap jari melambangkan masa lalu, masa sekarang, dan masa hadapan dalam keluarga anda. Sebagai contoh, ibu jari melambangkan ibu bapa anda, jari telunjuk melambangkan adik-beradik, jari tengah melambangkan diri anda, jari manis adalah pasangan hidup anda, dan jari kelingking melambangkan bakal anak anda.



Rapatkan kedua-dua tapak tangan dan cuba bengkokkan jari anda ke belakang. Apabila anda melakukan langkah ini, pastikan jari lain bersentuhan. Jarakkan satu persatu jari anda. Anda akan lihat ibu jari anda akan terpisah jauh menandakan anda tidak ditakdirkan untuk bersama dengan ibu bapa anda selama-lamanya. Cuba lakukan pula pada jari telunjuk dan jari kelingking.

Mengikut teori Cina ini, anda tidak ditakdirkan selama-lamanya dengan adik-beradik anda, begitu juga dengan bakal anak kerana mereka akan membina keluarga mereka satu hari nanti.

Jari manis anda pula tidak sejarak jari-jari lain, bukan? Ini kerana anda dan pasangan anda ditakdirkan bersama selamanya.



Terdapat mitos yang lebih praktikal di sebalik memakai cincin di jari manis pada tangan kiri, iaitu kebanyakan orang menggunakan tangan kanan, ini bermakna tangan kiri kurang digunakan. Maka, cincin itu tidak akan rosak berbanding dipakai di tangan kanan. Selain itu, jari manis juga jari yang paling jarang digunakan selepas jari kelingking.

Tetapi, tidak semua negara memakai cincin pada jari tangan kanan. Biar apa pun mitos atau tradisi, terpulang pada anda ingin menyarung cincin di mana-mana jari dan tangan yang anda suka.

Dikuasakan oleh Blogger.