Mengalami Masalah Hyperhidrosis, Lelaki Ini Berkongsi Perasaannya


"Siapa sama macam saya? Kita spesel

Tapak tangan dan tapak kaki selalu basah berair walaupun dlm bilik air cond. Nampak tak sambil baring2 pun tapak tangan keluarkan losyen dia sendiri hihi. Saya terbaca dulu artikel pasal benda ni, palmatesis fotosintesis apa ntah nama dia.

Sebab tu dari kecik saya tak suka dengan tulisan atau lukisan sendiri sebab mesti jd comot. Tengah lukis ataupun tulis kertas melekat kat tangan huhu. Sy kalau boleh nak elak bersalam dengan orang. Sebab orang jd terkejut. Saya selalu tolak permintaan cikgu dulu2 untuk handle apa2 program atau assembly sebab nanti mic yg sy pegang akan basah. Kalau pegang mic nanti nak pass to the next user nanti sian dyeorang kena lap mic tu. Apa2 barang yg sy pegang mudah terlucut dr genggaman. Tak suka cincin dan jam tangan walaupun pernah cuba pakai. Kasut? Erm selipar jepun jgk yg sesuai. Tergelincir tu biase. Bukan semestinya jatuh tapi tergelincir ala2 macho gitu lepas tu dapat imbang balik posisi badan hehe. Banyak call yg sengaja sy tak jawab sbb nanti touch screen tak berfungsi bila basah.

Sbb tu sy stay away keje2 yg melibatkan susun2 barang atau hias2 atau kertas2 ni, takut rosakkan harta benda orang. Jadilah sy beralih kpd keje outdoor. Mesin rumput, tebang pokok, bancuh simen, toreh getah, cuci kete, main bola haha. Bersukan sy suka sbb semua orang akan berpeluh, jadi nampak la sikit kite xde beza hihi. Tapi tak semua sukan sesuai, antaranya tarik tali. Memang tak cengkam langsung kecuali pakai tepung.

Saya takleh bayang macam mana nanti bersalaman dengan tok kadi. Mesti nanti tok kadi kata awak gugup ke. Saya tak suka kalau orang kata sy gugup walupun sebenarnya tidak huhu. Kalau gugup lagila..

Kalau tengok movie kalau ada scene nak jatuh bangunan atau gaung heroin berpaut kat tangan hero kan. Saya kata kalau hero tu saya dah lama awek tu jatuh mati sebab tangan licin haha

Orang yg dah lama alami benda ni dia akan tahu kawal benda ni. Sebab secara sedar atau tak pasti ada keadaan atau kondisi menyebabkan ia berlaku dan berhenti. Antaranya kena tahu teknik kawal pernafasan, minda dan fikiran. Walaupun tak menghilangkan at least ia mengurangkan. Lain orang lain keadaan tindakbalas tubuh dia, cuba korang perhati atau kaji bila waktu atau apa keadaan yang buat tapak tangan atau kaki tu jadi normal. Bila dah tau, buat eksperimen sama ada ia betul2 mempengaruhi atau kebetulan. Panjang pulak nak baca kan ? smile emoticon:) Yang ada benda ni pasti tapak tangan dia mula basah bila baca post ni kan. takpe rilek dulu, lap dulu hihi

Saya pun nak taip panjang lagi, tapi phone dah basah hihi

Tapi orang yang sama mcm sy ni dia beruntung kulit dia lembut n cantik mcm pompuan walaupun mcm2 keja kasar dia buat. Biasa dah dengar bila salam oh lembutnya tangan. Dia jgk boleh buat magik tnjuk kat anak buah kertas melekat kat tangan."

Sumber: Facebook Lukman Al-Hakim Hamdan



Hyperhidrosis ialah satu keadaan apabila seseorang itu mengeluarkan peluh yang berlebihan di celah ketiak, tapak tangan, tapak kaki, muka, kulit kepala, dan/atau badan.

Masalah ini dapat dirawat untuk mengelakkan keadaan berpeluh yang berlebihan tetapi kemungkinan tidak dapat menghapuskan keadaan ini. Antaranya:

1. Mandi setiap hari untuk mengurangkan bakteria.
2. Membasuh dan menukar pakaian dengan kerap.
3. Menukar stokin sekurang-kurangnya dua kali sehari.
4. Mengudarakan kasut dan menukar kasut yang dipakai setiap hari.
5. Menggunakan bedak kaki dan berkaki ayam dengan kerap untuk mengudarakan kaki.

Kongsikan Artikel Ini



Nama

artis,11,awesome,33,bagaimana,8,berita,12,cinta,47,comel,26,cool,144,design,19,diy,20,dunia,2,fail,2,fakta,1,gadget,6,gambar,582,ganas,1,geli,4,gif,3,hiburan,5,humor,3,idea,1,iklan,1,info,83,inspirasi,70,islam,27,jenayah,2,jutawan,93,jutawan dua,48,karut,14,kehidupan,50,keluarga,1,kenderaan,1,kesihatan,16,klasik,1,koleksi,33,konsep,21,kreatif,134,lawak,2,lawatan,131,lol,27,lol.,1,makanan,2,media sosial,1,menarik,49,motivasi,9,motivasi hidup,9,ngeri,14,ninetology,4,oops,1,pelik,83,percutian,7,quiz,1,rumah idaman,55,sadis,6,samsung,1,semasa,293,seni,8,seram,2,teknologi,3,test,1,tips,51,troll,2,unik,9,video ceramah,3,video menarik,294,viral,5,wow,6,wtf,90,
ltr
item
Nakbebel: Mengalami Masalah Hyperhidrosis, Lelaki Ini Berkongsi Perasaannya
Mengalami Masalah Hyperhidrosis, Lelaki Ini Berkongsi Perasaannya
https://3.bp.blogspot.com/-YBR-Dk-eu-Q/WHIWD4JfPaI/AAAAAAAAC18/ieBwJatIsuY73gTStq4NvWeUt1qKMZeewCLcB/s1600/856-1-hlight_default.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-YBR-Dk-eu-Q/WHIWD4JfPaI/AAAAAAAAC18/ieBwJatIsuY73gTStq4NvWeUt1qKMZeewCLcB/s72-c/856-1-hlight_default.jpg
Nakbebel
http://www.nakbebel.com/2017/01/mengalami-masalah-hyperhidrosis-lelaki.html
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/2017/01/mengalami-masalah-hyperhidrosis-lelaki.html
true
6864137901274687103
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts LIHAT SEMUA Teruskan Membaca Balas Cancel reply Delete Oleh Home PAGES POSTS View All Anda Mungkin Berminat Dengan.. LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April May Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow Ruangan Ini Khas Untuk Pengikut Nakbebel Sahaja Sila like untuk buka Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy