Header Ads

Lindsay Lohan Ubah Status Ke “Alaikum salam” Dan Padam Gambar Di Akaun Instagram


Nampaknya Lindsay Lohan bukan sahaja berpindah ke Dubai untuk cahaya matahari dan pantai yang indah tetapi dia mengambil langkah untuk berpindah sebagai satu peluang untuk dia memulakan hidup baru seperti yang dilaporkan oleh Emirates Women.

Pelakon yang terkenal dengan filem The Mean Girls itu telah berpindah ke UAE pada akhir tahun lalu dan bukan itu sahaja, Lindsay juga turut memadam semua gambar dalam akaun Twitter dan Instagram dan hanya meninggalkan status salam Islam, “Alaikum Salam” yang bermaksud “salam sejahtera”

Lindsay telah bercadang untuk menghabiskan masanya menjadi sukarelawan di kem-kem pelarian di Turki dan juga menubuhkan syarikat produksinya sendiri di Dubai.

Syarikat yang menguruskan Lindsay berkata pelakon itu berada dalam ‘tempoh pembaharuan’. Lindsay juga turut menyatakan rasa terujanya untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya dan pengurusnya juga turut menyatakan rasa gembira dengan perubahan Lindsay dan turut berkongsi perkembangan Lindsay dalam industri hiburan.

Walaubagaimanapun, Lindsay membiarkan akaun Facebooknya tidak berusik dan dia turut memuatnaik temu bualnya dengan CNN Abu Dhabi mengenai kerja sukarelanya. Lindsay mendedahkan pada temubual tersebut bahawa Dubai akan menjadi rumahnya.

“I’ve met amazing womne [here] that are really strong and have taught me a lot… I don’t think people realize how accepted it is for a woman to be a strong woman in the UAE. It is a very appreciated thing.” Lindsay Lohan- CNN Abu Dhabi.

Lindsay pertama kali menjejakkan kaki di bumi Dubai ini pada akhir November di mana dia menghabiskan masa dengan “kawan baik”nya- dan bolgger- Karen Wazen Bakhazi dan jurusolek artis dan usahawan Joeele Mardinian.

Pelakon berusia 30 tahun itu telah lama mempunyai pertalian dengan Timur Tengah apabila dia mendedahkan pada aal tahun ini bahawa dia akan mempelajari Bahasa Arab serta menghabiskan banyak masa membuat kerja sukarela di kem-ke pelarian Syria.

Lindsay turut menjelaskan tentang agama baru pada tahun lalu selepas dia dirakam membawa Al-Quran pada tahun 2015.

“My very close friends, who have been there for me a lot, ini London are Saudi and they gave me the Quran and I brought it to New York because I was learning. The Quran opened doors for me to experience spiritually, to find another true meaning. This is who I am,” Lindsay Lohan- Turkish TV Show Haber Turk.


Dikuasakan oleh Blogger.