Header Ads

Lihat Bagaimana Seorang Peguam Yang Buta Melakukan Kerjanya Di Google


Jack Chen, seorang peguam di syarikat Google di New York, berulang alik setiap hari dari New Jersey ke pejabat Google di Chelsea, melalui dua stesen kereta api bawah tanah, dan laluan pejalan kaki yang sibuk.


Sebagai seorang siswazah Sekolah Undang-undang Fordham, Jack mula bekerja sebagai peguam di Google pada tahun 2010. Pada tahun 2014, dia mula menjadi peguam yang ditugaskan untuk Chrome.

Jack, yang buta sepenuhnya sejak 16 tahun, memiliki ijazah dalam sains komputer dari Harvard dan Berkeley. Sebelum memasuki sekolah undang-undang, dia merupakan seorang pelatih di AT&T, dan telah bekerja sebagai jurutera sistem di Xanboo Inc.


Jack membaca dengan mendengar: dia menggunakan pembaca skrin di mejanya, dan fungsi VoiceOver pada iPhone miliknya. Dia juga telah menetapkan kelajuan sekitar 620 patah perkataan seminit, satu kelajuan yang tidak akan difahami oleh telinga yang tidak dilatih. Selain itu, dia juga menggunakan deria bau apabila keadaan di sekelilingnya terlalu bising, seperti bau kafe dalam perjalanannya ke tempat kerja.


Apabila Jack berjalan ke tempat kerja, dia mempunyai gambaran dalam kepalanya. Tetapi pembantu peribadinya, Carolyn Lewis sentiasa melihat dan membantu dalam arah supaya Jack dapat mengelak halangan apabila berada di kawasan yang jarang dilaluinya, ke hotel atau bergerak ke lapangan terbang.

Selain itu, Jack telah bertanding dalam lima triathlons  (pertandingan olahraga yang terdiri daripada tiga acara, kebiasaannya, berenang, berbasikal, dan lari jarak jauh), termasuklah dua Iron Man triathlons, iaitu 3.9km acara renang, 180km acara berbasikal, dan 42km larian.



Pada tahun 2012, dia telah mendaki Gunung Kilimanjaro di Tanzania. Malah, dia ingin menguji dirinya dengan mendaki gunung lain tetapi dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk mempelajari teknik mendaki.


Ketika berusia 16 tahun, Jack telah menjalani pembedahan untuk memperbaik penglihatannya, namun, pembedahan kelapan atau kesembilan itu tidak berjaya. Disebabkan itu, saraf penglihatannya rosak pada salah satu mata. Ketika detik kritikal saat pembedahan itu, kepalanya bergerak dan menyebabkan pendarahan dan retina pada matanya yang lain koyak.



Lihat videonya ketika bekerja di Google:

Dikuasakan oleh Blogger.