Header Ads

Lihat Bagaimana Perbezaan Jenis Orang Buta Warna Melihat Dunia


Kebanyakan orang yang mengalami masalah buta warna tidaklah melihat dunia dengan hanya warna hitam dan putih. Terdapat beberapa kategori buta warna. Lihat gambar-gambar di bawah.


Orang yang memiliki penglihatan normal melihat dunia dengan warna di atas.


Deuteranomalia ialah bentuk buta warna yang paling biasa berlaku. 4.63 peratus lelaki mengalami masalah ini dan dalam kebanyakan kes, mereka tidak menyedarinya. Jelas di dalam gambar tersebut yang mana warnanya telah berkurang kecerahannya, terutama hijau dan merah.


Protanopia ialah jenis yang kurang berlaku - hanya sekitar 1 peratus orang lelaki yang mengalaminya. Semua warna hijau dan merah kelihatan pudar, dan warna biru dan kuning tidak berubah.



Tritanopia ialah jenis yang jarang berlaku kepada lelaki dan perempuan. Mereka yang menghadapinya akan melihat dunia dengan warna tona merah jambu dan hijau.


Buta warna sepenuhnya adalah wujud tetapi terlalu jarang. Hanya 0.00003 peratus populasi orang yang mengalami masalah ini.







Dikuasakan oleh Blogger.