Header Ads

Ketika Orang Lain Sibuk Untuk Berkahwin dan Anda Masih Single, Anda Akan Pelajari 6 Perkara Ini


#1 Pilihan anda akan berubah sepertimana anda berubah

Ramai orang berkata bahawa ketika di usia 20-an adalah tahun untuk anda bereksperimen dan mencari apa yang anda inginkan dalam pasangan anda. Semakin berusia diri kita, nilai yang kita inginkan pada pasangan itu mula berubah dan selari dengan nilai dan matlamat yang kita ingini dalam kehidupan.


Hubungan yang "gila-gila" mungkin adalah ideal ketika anda masih muda, tetapi ketika usia anda semakin bertambah, anda mungkin inginkan seseorang yang lebih stabil, jujur, dan menyokong cita-cita anda.

#2 Anda mempunyai lebih banyak masa untuk menentukan jalan karier yang sesuai untuk anda.


Mereka yang tidak terburu-buru mengejar perkahwinan ketika usia 20-an ini belajar untuk memperoleh pencapaian daripada pelbagai aspek selain hubungan dan pasangan.

Salah satu daripada pencapaian tersebut ialah membina kerjaya yang memotivasikan anda untuk terus belajar dan membesar. Anda akan lebih bahagia dan tidak terlalu bergantung pada perhubungan semata-mata untuk menjadi bahagia.

#3 Hubungan anda dengan kawan semakin akrab.


Apabila anda single, anda mempunyai banyak masa untuk menguatkan ikatan persahabatan anda. Mereka adalah orang yang anda inginkan ketika perkara tidak berjalan dengan baik dalam hidup anda. Mereka akan menjadi pendukung anda. Jika anda memilih rakan yang baik, anda akan sentiasa mempunyai tempat untuk bersandar apabila anda perlukan sokongan.

#4 Anda belajar untuk menyelesaikan sesuatu.

Menjadi single bukanlah sesuatu yang teruk, melainkan anda berfikiran begitu. Rumput akan sentiasa kelihatan lebih hijau di sisi yang lain, yang akan membuatkan kita mencari sesuatu yang kita tidak inginkan atau perlukan.


Seperti juga hubungan. Kadangkala kita inginkan kerana berasa kebosanan atau kerana tiada apa yang berlaku dalam kehidupan ini, tetapi cinta bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan kerana orang akan disakiti.

Jangan takut untuk mengakhiri hubungan kerana anda atau pasangan anda tidak memberikannya 100 peratus.

#5 Mempunyai anak bukanlah jalan penyelesaian


Ramai yang akhirnya melalui jalan dalam kehidupannya yang mereka tidak pernah jangkakan, dan menganggap mempunyai anak adalah jawapan kepada masalah mereka. Anak bukanlah seperti insurans yang membuatkan hubungan anda berkekalan.

Kenyataannya adalah sebaliknya. Seorang anak adalah ujian untuk menguji kekuatan dalam perhubungan, dan dapat menghancurkan seseorang jika anda tidak bersedia.

#6 Perkahwinan juga bukanlah jawapannya

Sepertimana mempunyai anak bukanlah jalannya, begitu juga dengan berkahwin. Jika anda tidak tahu cara untuk menjadi bahagia, semak diri sendiri sebelum berkahwin, maka sebuah perkahwinan bukanlah tempat untuk anda mencarinya.

Anda perlu selidik siapa diri anda yang sebenarnya dan cintai diri anda sebelum anda jatuh cinta dengan orang lain.

Perkahwinan bukan mengisi kekosongan dalam hati. Hanya anda sahaja yang dapat mencipta kebahagiaan sebenar dalam diri anda.
Dikuasakan oleh Blogger.