Header Ads

Kenali Personaliti Diri Anda Melalui Posisi Tidur


Terdapat ujian mudah yang dapat mendedahkan anda tentang diri anda. Lihat gambar di bawah dan pilih posisi yang sering anda lakukan ketika tidur.


1. Jika anda tidak boleh tidur melainkan dengan cara mengiring dengan kaki dilipat keluar, anda adalah seorang yang tenang dan boleh diharap. Anda sukar untuk disakiti, dan tidak takut pada masa depan. Anda masih tersenyum walaupun menghadapi keadaan yang teruk di pagi hari, dan dapat menyesuaikan diri tanpa masalah terhadap apa-apa situasi.

2. Jika anda sering tidur dalam posisi seperti bayi, anda sering berasa perlu dilindungi, difahami, dan dikasihani oleh orang lain. Dengan cara begitu, anda cuba memisahkan diri anda dengan masalah yang anda hadapi. Bakat atau potensi yang paling sesuai untuk anda ialah melukis, belajar menari, atau menulis blog.

3. Jika anda tidur secara meniarap dengan tangan dan kaki yang dijarakkan, anda adalah seorang pemimpin. Anda suka mengikut gerak hati dan mengambil inisiatif, dan memastikan kehidupan peribadi dan profesional anda tersusun. Anda lebih cenderung untuk merancang semuanya terlebih dahulu dan tidak suka akan kejutan. Sikap bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab yang anda miliki dapat membantu anda mencapai kejayaan yang hebat.

4. Jika anda tidur dengan cara baring biasa, anda adalah seorang yang positif yang sukakan kehidupan, orang yang selalu menjadi perhatian orang. Anda seorang yang bekerja keras dan degil, tetapi dalam cara yang rasional, malah, anda lebih suka untuk berterus terang. Orang yang tidur dalam posisi ini selalunya mempunyai personaliti yang kuat.

5. Jika anda tidur dalam keadaan askar yang sedang bersedia, baring dengan tangan di sisi, anda mungkin seorang yang stabil secara mental dan emosi. Anda tahu apa matlamat anda dalam hidup dan berusaha untuk mencapainya. Anda seorang yang tegas, sukakan kesempurnaan, dan cerewet.

6. Jika anda tidur seperti meniarap dengan salah satu kaki yang dinaikkan, anda mempunyai personaliti yang sukar dijangka, yang mana dikaitkan dengan semua jenis cabaran. Orang di sekeliling anda akan keliru dengan mood anda yang boleh berubah dengan cepat. Anda sukar untuk membuat pilihan. Dalam kehidupan dan kerja, anda sukakan kestabilan, tenang, dan ketelitian.

Jika anda tidur dalam posisi lebih daripada satu, anda mempunyai personaliti lain yang tersembunyi, yang anda sendiri belum mengetahuinya.

Dikuasakan oleh Blogger.