Header Ads

Kehilangan Tujuh Batang Gigi Selepas Vape Meletup di Muka Secara Tiba-tiba


Seorang ayah kehilangan tujuh batang gigi dan pipinya terbakar di tahap kedua selepas vape yang digunakannya meletup.

Andrew Hall sedang bersiap untuk bekerja apabila alat itu meletup tanpa sebarang amaran. Alat tersebut juga berkecai kepada beberapa kepingan di dalam mulutnya, sehingga mematahkan giginya dan membakar muka dan lehernya, serta terdapat kesan letupan di dinding bilik airnya.



Lelaki berusia 30 tahun ini berkongsi gambar kecederaannya daripada unit rawatan rapi (ICU) untuk memberi amaran kepada perokok lain betapa bahayanya perkara yang boleh terjadi disebabkan rokok elektronik ini.

"Saya telah menggunakannya selama setahun dan saya tidak melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya tetapi ianya meletup di muka saya."





Letupan vape itu kemungkinan besar disebabkan oleh bateri. Model yang digunakan Andrew tidak dapat dikenalpasti. Dia turut berkata pekerja di kedai vape yang dibelinya telah memasangkan untuknya. Selain itu, dia bukanlah orang pertama yang mengalami kecederaan akibat rokok elektronik yang meletup ini.

Pada bulan Februari 2016, kaki seorang lelaki dari Kentucky melecur dengan kebakaran tahap kedua selepas alat itu meletup dalam poketnya. Seorang lelaki dari Texas pula telah membuat dakwaan ke atas kedai vape selepas mengalami kecederaan yang sama.


Seorang lelaki dari New York telah mengalami kecederaan lidahnya terbelah dua selepas vape itu meletup di dalam mulutnya ketika dia sedang menggunakannya.

Sebanyak 66 kes letupan alat itu dilaporkan antara tahun 2015 hingga 2016.
Dikuasakan oleh Blogger.