Header Ads

Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Menyelamatkan Kembarnya Dengan Kekuatan Luar Biasa


Satu detik yang sangat hebat ketika seorang kanak-kanak memperoleh kekuatan luar biasa untuk menyelamatkan kembarnya yang dihempap oleh almari.

Video itu bermula dengan menunjukkan salah seorang daripada kembar berusia dua bulan itu terbaring di bawah almari, terperangkap, dan menangis kesakitan.

Abangnya pula mundar-mandir di sekitar almari itu, sedang memikirkan cara menyelamatkan kembarnya.





Dia cuba untuk mengangkat almari itu sebelum menggunakan seluruh badannya untuk mengalihkannya. Tanpa disangka-sangka, perabot itu mula bergerak sedikit demi sedikit, membolehkan adiknya bergerak keluar.

Rakaman tersebut dimuat naik atas talian oleh ayah mereka, Ricky Shoff dari Orem, Utah pada 1 Januari.

Lihat rakaman tersebut di bawah:

Dikuasakan oleh Blogger.