Header Ads

Jika Seorang Lelaki Memiliki 12 Kualiti Istimewa Ini, Jangan Lepaskannya!


Sesetengah lelaki itu lebih baik daripada yang lain. Ya, kita semua sama sebagai seorang manusia, tetapi manusia mudah berkelahi tentang sesetengah lelaki yang lebih baik daripada lelaki lain.

Mungkin anda pernah mengatakan bahawa lelaki itu bukan kekasih yang baik, tetapi sebenarnya setiap lelaki itu adalah lelaki yang salah untuk anda pada waktu tertentu dalam hidupnya.

Semua orang berubah mengikut masa, pembelajaran, menyesuaikan diri dengan mencuba pelbagai karakter selama bertahun-tahun. Terdapat banyak karakter yang membuatkan seorang lelaki itu lelaki yang hebat.

Ini 12 karakter jika lelaki itu memilikinya membuktikan dialah orangnya:

1. Apabila dia memandang anda, dia benar-benar memandang anda.

Jika seorang lelaki memandang anda terus ke mata anda, dengan mencipta satu tarikan yang tidak dapat dilihat yang menghubungkan anda berdua, maka dia bukan sahaja memandang anda; dia memandang jiwa anda.


Dia cuba untuk mendapatkan gambaran tentang diri anda yang tersembunyi di sebalik mata anda - yang hanya anda sahaja tahu. Dia cuba untuk mencari sesuatu dalam diri anda yang membuatkan anda adalah anda; dia cuba untuk memperkenal jiwa anda kepada jiwanya.

Terdapat pandangan tertentu pada dua orang yang berkongsi cinta, ianya datang dari dalam diri seseorang itu. Jika lelaki anda melihat anda sebegitu, maka anda dikira seorang perempuan yang beruntung.

2. Dia seorang lelaki yang baik, tetapi bukan seorang yang mudah mengalah.


Terdapat banyak lelaki yang agresif, yang cuba meletakkan diri mereka melebihi orang lain. Ada juga lelaki yang lemah semangat, mengelak daripada semua komitmen dan berhadapan dengan orang. Anda perlu jauhkan diri daripada dua jenis lelaki ini.

Ada satu jenis lelaki yang dapat menggabungkan kekuatan kuasa dan simpati. Lelaki dengan karakter ini adalah seorang yang baik hati, namun dalam masa yang sama kejam dalam perjuangan. Mereka tidak memulakan pergaduhan, tetapi meleraikan pergaduhan. Inilah ciri lelaki yang anda mahukan kerana dia seorang yang bijak memilih kekuatan dan simpati yang terbaik.

3. Dia sentiasa bersemangat, tetapi sabar.

Untuk hidup dalam kehidupan yang baik, anda memerlukan kejayaan kerana kejayaan adalah cara kita menilai seseorang. Anda tidak semestinya perlu menjadi seorang jutawan atau juara dunia, tetapi sedikit kejayaan sepanjang hayat perlu untuk anda hidup dalam kehidupan yang anda banggakan.


Walaubagaimanapun, kejayaan - sama seperti kehidupan - adalah satu jalan yang panjang dan berliku-liku. Tanpa kesabaran, anda ingin sampai ke penghujung dengan segera, tetapi akhirnya keputusan itu tidak akan memuaskan hati anda kerana tidak mencapai matlamat. Lalui jalan itu dan tempuhinya.

4. Dia mempunyai impian yang hebat, tetapi dia sangat merendah diri.

Perempuan mana yang tidak inginkan seorang lelaki yang mempunyai impian yang besar, yang realistik dan merendah diri dalam satu masa? Ini mungkin ciri ideal untuk mana-mana lelaki - seorang lelaki yang inginkan bintang, namun dia faham bahawa dia hanya boleh mendapatkan bulan.


Walaupun dia tidak membenarkan realiti menghalang cita-citanya, dia juga tidak membenarkan kejayaan itu untuk meruntuhkan egonya. Lelaki yang mempunyai karakter ini tidak akan pernah berhenti melakukan yang terbaik untuk membuatkan kehidupan anda lebih baik, tetapi dia tidak berjanji kepada anda perkara yang dia tidak dapat tunaikan.

5. Dia boleh memasak.


Lelaki yang tahu keadaan di dapur adalah seksi. Lihat sahaja lelaki biasa dalam rancangan memasak. Selain daripada seksi, seorang lelaki yang sering memasak akan menyediakan makanannya sendiri, cenderung untuk makan makanan yang lebih sihat, dan cenderung untuk menjadi lebih sihat. Seorang pasangan yang sihat adalah pasangan yang hebat dengan sebab yang jelas.

6. Dia seorang yang aktif secara fizikal.


Gayanya yang aktif secara fizikal membuatkan dirinya kelihatan menarik secara fizikal. Pasti anda inginkan sekurang-kurangnya dia bersenam.

7. Dia seorang yang bijak, tetapi tidak sombong - mungkin sedikit sombong, tetapi tidak terlalu sombong.

Jika anda berjumpa dengan seorang lelaki yang bijak dan adil, maka dialah yang dapat menemani anda. Semestinya jika dia tidak terlalu sombong. Seorang lelaki yang sedikit sombong adalah menarik - sama seperti perempuan yang yakin.

8. Dia berkebolehan membuatkan anda ketawa dan tersenyum.


Jika anda mempunyai lelaki yang tidak membuatkan anda tertawa dan tersenyum, maka anda perlu tamatkan perhubungan itu. Secara jujurnya, anda tidak patut mulakan perhubungan dengannya. Lebih banyak dia dapat membuat anda tertawa, lebih banyak dia layak mendapat anda.

9. Dia memberitahu dia cintakan anda walaupun dia tidak perlu menyatakannya - anda dapat merasakan dia mencintai anda.

Kata-kata adalah hebat. Namun, kedudukannya lebih rendah berbanding tindakan. Kata-kata, idea, konsep, dan niat adalah bagus dan berguna pada masa yang sesuai. Namun, tindakan sentiasa menjadi yang paling berkuasa di dunia.


Ianya satu perkara yang hebat jika lelaki anda memberitahu bahawa dia cintakan anda kerana anda suka mendengarnya. Namun, jika anda tidak dapat merasakannya, maka dia tidak mencintai anda dengan cara yang anda inginkan.

10. Dia rela mengalah dalam pergaduhan untuk mengekalkan ketenangan. 

Mana-mana pasangan pasti pernah berselisih faham. Manusia bergaduh kerana mereka percaya bahawa mereka betul atau ingin merasakan diri itu betul kerana itu membuatkan mereka rasa lebih baik tentang diri mereka.


Tetapi, apabila bercakap tentang pergaduhan, pasti ada pihak yang betul, satu pihak yang lain adalah salah. Anda inginkan lelaki yang tidak membuatkan anda berasa salah - sekurang-kurangnya tidak apabila pergaduhan melibatkan perkara penting.

11. Apabila anda memerlukan pertolongan, dia sentiasa menghulurkan bantuan.

Selalunya, lelaki adalah bersikap mudah apabila mencintai seseorang - apa yang anda lihat itulah apa yang dirasakannya. Apabila dia ada untuk anda, apabila dia mengambil berat tentang anda, dan apabila dia melakukan yang terbaik untuk membuatkan anda gembira, dia mengambil berat tentang anda.



Anda sentiasa dalam fikirannya kerana dia cintakan anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk anda dan tidak akan berfikir dua kali untuk menolong anda.

12. Tanpa anda, dia kehilangan dirinya; anda telah menjadi sebahagian daripada dirinya kerana dia inginkan sebahagian diri anda.



Apabila seorang lelaki cintakan seorang wanita, dia menginginkan secebis daripada wanita itu yang boleh dikira miliknya. Bukan tubuh wanita itu, tetapi jiwanya. Cara wanita itu berfikir, cara wanita itu melakukan sesuatu, bagaimana wanita itu melakukan sesuatu. Apa yang disukai dan apa yang tidak disukai. Apa yang dipercaya sesuatu itu penting dan apa yang dianggap remeh.

Apabila seorang lelaki cintakan seorang wanita, dia inginkan bahagian ini menjadi miliknya, menjadi sebahagian daripada dirinya.

Anda juga saling menyesuaikan diri dengan cara pasangan anda.
Dikuasakan oleh Blogger.