Header Ads

Jika Anda Memiliki Sahabat Sejati, Anda Memiliki Segala-galanya


Jika anda mempunyai kawan baik, anda mempunyai teman sejati. Orang yang sentiasa memahami anda apabila anda tidak menuturkan kata-kata dan memahami anda ketika perkara yang anda cuba sampaikan tidak jelas. Malah, dia akan bercakap bagi pihak anda apabila anda kehilangan kata-kata dan sentiasa merasakan kehadiran anda walaupun anda berjauhan dengannya.

Jika anda mempunyai kawan baik, anda mempunyai keluarga sendiri. Anda memiliki seorang ibu penyayang yang sentiasa sayangkan anda tanpa bersyarat dan seorang ayah yang adil yang sentiasa memimpin anda ketika anda lemah. Anda juga mempunyai seorang abang yang sentiasa melindungi dan kakak yang sentiasa menjadi kawan baik dan pasangan anda ketika berkelakuan nakal.


Jika anda mempunyai kawan baik, anda memiliki cinta. Orang yang cintakan anda seadanya, ketika keadaan paling buruk, dan orang yang terus menyayangi anda ketika orang lain tidak merasakan begitu.

Jika anda mempunyai kawan baik, anda mempunyai sistem sokongan. Anda tidak akan pernah keseorangan kerana mereka akan sentiasa bersama dengan anda ketika anda sakit dan sihat, ketika suka dan duka, dan mereka tidak akan pernah meninggalkan anda.

Jika anda mempunyai kawan baik, anda mempunyai kawan mengembara. Orang yang akan mendaki ke gunung paling tinggi bersama anda, dan pelbagai tempat lagi serta memberikan anda memori yang tidak akan dilupakan.


Jika anda mempunyai kawan baik, anda mempunyai kerahmatan dan keberkatan. Mereka akan menjaga anda, mengambil berat tentang anda, berkorban untuk anda, dan anda mempunyai kawan yang akan membuktikan betapa istimewa dan bermakna anda terhadap mereka.

Jika anda mempunyai kawan baik, anda mempunyai kehidupan yang baik dan anda tidak akan pernah rasa dibenci. Mereka akan membantu anda dan anda juga secara tidak langsung telah memiliki segala-galanya.

Dikuasakan oleh Blogger.