Jika Anda Berhadapan Dengan 6 Keadaan Ini, Anda Sebenarnya Sangat Bijak!


Ramai yang beranggapan orang yang sangat bijak adalah superhuman yang dapat menyelesaikan sesuatu dengan mudah kerana otak mereka dapat membantu dalam apa jua situasi. Mereka juga tidak perlu berhadapan dengan masalah yang dilalui seperti orang lain.

Realitinya adalah agak berbeza. Walau sebijak mana sekalipun seseorang itu, mereka masih seorang manusia biasa.

Mereka berdepan dengan isu yang berbeza berbanding orang lain, tetapi tetap mencabar dan sukar. Jika anda seorang yang sangat bijak, kesukaran ini dan kurangnya pemahaman daripada seorang rakan akan membuatkan anda rasa sunyi.

Ini ada beberapa masalah bukti anda seorang yang bijak.

1. Percakapan biasa membuatkan anda berasa letih.


Percakapan kecil yang berkisar tentang perkara biasa adalah agak mencabar buat anda. Hal ini kerana otak anda sentiasa teruja dengan idea yang hebat. Topik yang menarik minat anda seperti sains, seni, falsafah, dan perkara yang jarang dibicarakan dalam perbualan kosong.

Ini akan membuatkan anda rasa membuang masa, terperangkap dalam keadaan yang tidak akan pernah berhenti. Anda hanya inginkan individu yang mempunyai idea dengan perkara penting.

2. Anda lebih banyak berfikir berbanding bercakap.


Memandangkan otak anda ligat memikirkan pelbagai kemungkinan untuk menyelesaikan masalah dan mencari jawapan, ia mungkin membuatkan anda mengambil masa yang lebih lama dalam memberikan pandangan atau konklusi.

Tambahan pula, jika anda kurang pasti tentang jawapan yang betul atau idea yang bernas, anda mungkin tidak akan bercakap langsung.

Kesukaran anda adalah apabila orang di sekeliling anda tidak biasa dengan cara anda berfikir dan mereka juga keliru atau menganggap anda aneh, introvert, atau tidak berminat.

3. Kerja anda mudah membuatkan anda berasa bosan.


Otak anda sentiasa memerlukan cabaran dengan idea dan projek yang baru dan lebih hebat, supaya anda dapat mengubah kerja yang biasa dan membosankan itu kepada kerja yang menyeronokkan. Ini boleh bertukar menjadi usaha sehari ke sehari untuk menyelesaikan tugasan itu. Malah, bos anda juga tidak mempedulikan itu dan hanya mahu anda menyelesaikan kerja.

4. Kadangkala anda lumpuh dalam pergerakan.



Sukar untuk berfikir dalam dunia yang penuh dengan orang yang mengejar kejayaan, yang lebih menghargai perbuatan berbanding idea hebat. Oleh kerana anda mempunyai pelbagai idea yang berbeza, kadangkala anda akan kehilangan dorongan dalam pergerakan.

Malangnya, orang akan menyangka anda seorang yang malas, membuatkan anda berasa kurang dihargai.

5. Anda dikira seorang yang kekok dalam bersosial.


Kesukaran anda seterusnya kesan daripada kesukaran sebelum ini. Jika anda berasa tidak selesa ketika berbual kosong, mengelakkan diri berbicara jika tidak pasti, tidak terinspirasi dengan idea yang lama dan meletihkan, atau anda lebih selesa dengan idea berbanding pelaksanaan, ramai yang akan mengatakan anda janggal dalam bersosial.

Ramai yang tidak tahu bahawa ini akan meletakkan lebih bebanan pada diri anda, membuatkan anda berasa sedar tentang diri anda dalam kelakuan sosial.

6. Sukar untuk anda jatuh cinta.



Permintaan anda untuk cinta juga sedikit berbeza dengan kebanyakan orang. Memandangkan anda seorang yang lebih berhati-hati, beranalisis, dan berdikari berbanding orang lain, anda sering disalah anggap sebagai seorang dengan penjagaan tinggi dan dingin.

Selain itu, kelakuan anda secara spontan juga berkurang, membuatkan minat terhadap cinta berkurang.

Walau sesukar mana cabaran yang anda hadapi setiap hari, anda tidak perlu biarkan semua itu mengganggu anda untuk lebih ke hadapan. Mereka akan lebih memahami setelah anda lebih berusaha untuk menyatakan diri anda.


Kongsikan Artikel Ini



Nama

artis,11,awesome,33,bagaimana,8,berita,12,cinta,47,comel,26,cool,144,design,19,diy,20,dunia,2,fail,2,fakta,1,gadget,6,gambar,582,ganas,1,geli,4,gif,3,hiburan,5,humor,3,idea,1,iklan,1,info,83,inspirasi,70,islam,27,jenayah,2,jutawan,93,jutawan dua,48,karut,14,kehidupan,51,keluarga,1,kenderaan,1,kesihatan,16,klasik,1,koleksi,33,konsep,21,kreatif,134,lawak,2,lawatan,131,lol,27,lol.,1,makanan,2,media sosial,1,menarik,49,motivasi,9,motivasi hidup,9,ngeri,14,ninetology,4,oops,1,pelik,83,percutian,7,quiz,1,rumah idaman,55,sadis,6,samsung,1,semasa,293,seni,8,seram,2,teknologi,4,test,1,tips,51,troll,2,unik,9,video ceramah,3,video menarik,294,viral,5,wow,6,wtf,90,
ltr
item
Nakbebel: Jika Anda Berhadapan Dengan 6 Keadaan Ini, Anda Sebenarnya Sangat Bijak!
Jika Anda Berhadapan Dengan 6 Keadaan Ini, Anda Sebenarnya Sangat Bijak!
https://2.bp.blogspot.com/-_1YCSSXtxgI/WG1mnUS7MNI/AAAAAAAACrw/ZSViUjCvK9g0eYk4_cKz8r5nqk73hkaQgCLcB/s1600/3273725C00000578-3504132-image-a-1_1458644890418.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-_1YCSSXtxgI/WG1mnUS7MNI/AAAAAAAACrw/ZSViUjCvK9g0eYk4_cKz8r5nqk73hkaQgCLcB/s72-c/3273725C00000578-3504132-image-a-1_1458644890418.jpg
Nakbebel
http://www.nakbebel.com/2017/01/jika-anda-berhadapan-dengan-6-keadaan.html
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/2017/01/jika-anda-berhadapan-dengan-6-keadaan.html
true
6864137901274687103
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts LIHAT SEMUA Teruskan Membaca Balas Cancel reply Delete Oleh Home PAGES POSTS View All Anda Mungkin Berminat Dengan.. LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April May Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow Ruangan Ini Khas Untuk Pengikut Nakbebel Sahaja Sila like untuk buka Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy