Header Ads

Ibu Lebih Panjang Umur Jika Anak Lebih Meluangkan Masa Bersamanya


Mengajak nenek menyertai anda pada makan malam dapat memanjangkan umurnya dan kualiti hidupnya - berdasarkan kajian.

Para pengkaji di Universiti California, San Francisco mendapati bahawa kesunyian memainkan peranan yang besar terutama ketika usia tua. Kajian ini dilakukan terhadap 1,600 orang dewasa, dengan purata umur 71 - tanpa mengira status sosioekonomi dan kesihatan.


Hampir 23 peratus peserta meninggal dalam enam tahun kajian itu, dan 14 peratus dilaporkan mempunyai peneman yang baik.

Orang tua meletakkan nilai yang besar dalam hubungan itu, sehinggakan mereka sering melihat sesuatu yang lebih besar berbanding apa yang dilihat oleh anak dan cucu mereka.

Selain itu, orang yang lebih tua juga adalah kawan yang sangat bertoleransi, tiada tandingannya, dan lebih unik. Anda akan membawa lebih pengalaman dalam persahabatan apabila anda semakin tua. Anda tahu apa yang berbaloi untuk anda kejar, dan apa yang tidak.


Selain menjemput saudara-mara yang lebih tua dan rakan-rakan ke rumah, adalah penting untuk menggalakkan hubungan dengan orang yang lebih tua. Mereka sangat berdikari dan dapat menceriakan suasana. Keadaan ini dapat membuatkan lebih banyak cara untuk berinteraksi.

Meluangkan masa bersama datuk dan nenek dapat membantu mereka, secara tidak langsung memberi manfaat buat kita. Mereka mendapat teman dan perbualan yang penting pada kehidupan seharian, dan kita mendapat kisah mereka, pelukan dan yang paling menarik, mendapat resepi rahsia mereka!

Dikuasakan oleh Blogger.