Header Ads

Guna Gel Aloe Vera Tiruan, Kulit Wajah Melecur Teruk


Seorang pengguna Facebook, Sabram Omar memuat naik status beserta gambar di akaun Facebooknya mengenai seorang gadis yang terbakar kulit wajah selepas mamakai produk gel yang dibeli secara online.

Gel aloe vera yang digunakan jenama tersohor Nature Republic dari Korea Selatan itu merupakan jenis tiruan.

Gadis tersebut dikejarkan ke wad kecemasan selepas kulitnya melecur teruk. Gel tersebut tidak mempunyai pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Sebelum ini, Facebook rasmi Nature Republic pernah mengumumkan sebarang gel aloe vera yang dibeli secara online bukan original, termasuk yang dijual dilaman beli-belah online ternama.


Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan membeli barangan kecantikan yang mempunyai kelulusan dari KKM.

Dikuasakan oleh Blogger.