Header Ads

Gadis menderita, beratus cacing ‘beraja’ dalam perut


Kejadian ini berlaku di Uttar Pradesh,India. Seorang gadis derita kerana mengalami gejala muntah berminggu-minggu akhirnya berakhir setelah doktor menemui beratus ekor cacing hidup di dalam perut gadis itu. 

Memetik laporan Metro.co.uk, Neha Begum, 22, dikejarkan ke Hospital KG Nanda selepas mengadu dan tidak tahan dengan sakit perut yang dialami.

Setelah diperiksa, doktor mendapati kira-kira 150 ekor cacing sepanjang 10 inci setiap satu, hidup di dalam ususnya.

Tanpa melengahkan masa, Neha dibedah secepat mungkin untuk mengeluarkan cacing yang ‘beraja’ di dalam perutnya selama ini.

Dr Anand Prakash, seorang pakar hospital berkenaan, mengakui belum pernah berdepan kes begitu banyak cacing dalam badan manusia.

“Biasanya, hanya ada tiga atau empat cacing. Tetapi, yang ini, terlalu banyak.

“Neha bernasib baik kerana cacing tersebut belum naik ke bahagian otaknya. Jika tidak ia boleh menyebabkan kerosakan neuro,” katanya seperti yang dipetik dalam laporan berkenaan.


Sumber
Dikuasakan oleh Blogger.