Header Ads

Faiz Subri, Orang Asia Pertama Memenangi Anugerah Puskas FIFA


Faiz Subri melonjakkan Malaysia kepada salah satu pencapaian terbesar dalam arena sukan apabila memenangi anugerah Puskas FIFA untuk gol terbaik tahunan di Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 yang diadakan di Zurich, malam Isnin.



Dia turut menjadi pemain Asia pertama untuk menerima anugerah berprestij itu, dan dapat bergambar dengan heronya, Cristiano Ronaldo dan Alex Ferguson.





Faiz, 29, memperoleh undian global sebanyak 59.46 peratus, mendahului Marlone yang memperoleh 22.86 peratus, dan bintang wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez dengan 10.01 peratus.



Berpenampilan segak dengan tuxedo hitam, dia mencuit hati para hadirin ketika mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengambil masa untuk mencari ucapan penerimaan, sehinggakan hos Jerman, Marco Schreyl menawarkan diri untuk membantunya.

Faiz kemudiannya menarik nafas panjang dan memberikan ucapannya walaupun kelihatan sedikit gugup.



Perdana Menteri Malaysia juga turut mengucapkan tahniah kepada Faiz menerusi akaun Twitter.



Lagi gambar di bawah:







Dikuasakan oleh Blogger.