Header Ads

Bagaimana Rakyat Malaysia Kelas Pertengahan Dapat Mengharungi 2017



Seorang ahli ekonomi telah menjangkakan 2017 sebagai tahun yang mencabar untuk mereka yang berpendapatan sederhana. Beliau turut menyarankan untuk berbelanja secara atas talian (online) dan mula melihat kemungkinan memulakan e-bisnes.

Seorang profesor di Sunway Business University, Yeah Kim Leng, memberitahu FMT bahawa kelas pertengahan, terutama yang tinggal di kawasan bandar, perlu memikirkan tahun 2017 ini sebagai perubahan kepada ekonomi internet untuk menjimatkan wang dan memperoleh wang melalui internet.


Beliau juga berkata hanya yang kaya dan kelas atas pertengahan dapat berbelanja besar manakala kebanyakan rakyat Malaysia perlu menggunakan wang dengan bijak. Selain itu, tahun ini juga merupakan ujian supaya rakyat Malaysia mampu mencari alternatif yang lebih murah.

Di samping itu, beliau menasihatkan untuk tidak melancong ke luar negara atau menghantar anak menyambung pelajaran di luar negara, terutama untuk mereka yang tidak ada simpanan untuk pembelajaran anak di luar negara.

"Bukan bersikap kedekut, tetapi untuk menghadapi situasi dengan alternatif yang lebih murah. Ini sahaja cara supaya mereka yang berpendapatan sederhana dapat bebas hutang pada 2017."


Sumber: Free Malaysia Today

Dikuasakan oleh Blogger.