Header Ads

Anda Suka Cupcake? Cuba Cupcake Ini Dengan Hiasan Jerawat Yang Boleh Dipicit!


Anda sukakan kek cawan atau cupcake? Anda mungkin berubah fikiran apabila melihat kek cawan yang dihiasi dengan jerawat. Malah, anda boleh picit jerawat itu! Anda hanya perlu picit kek itu, dan kastard berwarna kuning terang akan keluar dari bentuk yang berwarna merah di tengah-tengah kek tersebut.





Kek cawan ini dibuat oleh sebuah bakeri, Blessed by Baking di California sebagai hadiah istimewa untuk Dr Sandra Lee. Buat mereka yang tidak tahu, Dr Sandra mempunyai akaun Youtube terkenal yang dipanggil Dr. Pimple Popper, yang mana doktor tersebut meletupkan jerawat, cyst, dan blackhead dengan video yang meloyakan.

Bakeri tersebut diusahakan oleh Rachael Sanchez, yang pernah bekerja dengan Dr. Sandra selama lebih empat setengah tahun.


Lihat video di bawah, jika anda berani.

Dikuasakan oleh Blogger.