Header Ads

Anak Kecil Tanpa Kewarganegaraan: "Saya ingin memakai uniform sekolah juga"


Seorang kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun, Tan Yao Chun dari Taman Sayang, Changlun, bangun awal pagi pada hari Ahad dan berjalan kaki ke SJK(C) Yit Min, ditemani neneknya, Rose Mary Chin, 77 tahun.

Ketika rakan-rakan dari taman perumahan yang sama, memakai uniform putih dan biru gelap bersemangat menanti bunyi loceng menandakan bermulanya waktu sekolah, namun sebaliknya yang berlaku kepada anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik itu.



Berpakaian tshirt putih, seluar pendek berwarna merah dan hanya memakai selipar, kanak-kanak tanpa kewarganegaraan itu hanya berdiri di kantin dan melihat rakannya memulakan sesi persekolahan.

Beberapa rakannya mengajak untuk menyertai mereka, dan beberapa ibu bapa yang mengenali Yao Chun bertanya mengapa dia tidak memasuki sekolah.

Anak kecil itu hanya mampu mengangkut bahu kecilnya, kerana tidak tahu akan jawapannya. Lalu, bersembunyi di sebalik neneknya yang menjaganya sejak bayi lagi.

Dilahirkan pada 29 Ogos 2009 di Hospital Bandar Hatyai kepada seorang ayah warganegara Malaysia dan ibu berasal dari Myanmar, kanak-kanak ini tidak memiliki mana-mana kewarganegaraan. Tan Meng Pun, 42 gagal mendaftarkan kelahiran Yao Chun di kedutaan Malaysia di Thailand.

Ayahnya kemudian hilang selama beberapa bulan, lalu meminta ibunya menyerahkan Yao Chun kepada neneknya yang tinggal di Changlun.


Neneknya cuba untuk mendaftarkan Yao Chun, namun, permohonannya ditolak. Hal ini kerana sijil kelahirannya tidak didaftarkan di Pejabat Konsulat Awam Malaysia di Songkhla, Thailand. Walaupun neneknya telah pergi ke Songkhla, permohonannya tidak dapat diselesaikan kerana ketiadaan ayahnya.

Kecewa dengan keadaan itu, Chin telah didaftarkan sebagai keluarga angkat Yao Chun yang sah, justeru dapat membantu cucunya untuk masuk ke sekolah.

Sumber: New Straits Times 

Dikuasakan oleh Blogger.