Header Ads

Alla, Pakar Bedah Paling Tua Di Dunia Berusia 87 Tahun Dan Masih Menjalankan Pembedahan


Akhbar Rusia, Kommersant telah berkongsi kisah pakar bedah paling tua di Rusia. Alla Ilyinichna Levushkina, 87, mungkin juga pakar bedah paling tua di dunia. Dia masih menjalankan 100 pembedahan setahun, tanpa sebarang kegagalan.

Rutin hariannya bermula pada jam 8 pagi dengan menerima pesakit di klinik. Selepas jam 11 pagi, Alla akan ke hospital untuk melakukan pembedahan. Dia mempunyai empat hari operasi setiap minggu.


Dia tinggal di studio apartment, yang dikongsikan bersama lapan ekor kucing. Apabila dia tidak bekerja, dia akan menjaga anak saudaranya yang kurang upaya.

Alla dianugerahkan dengan Anugerah "Vocation" kerana kesetiaannya terhadap kerjayanya.

"Doktor bukan sahaja satu kerjaya, tetapi satu cara hidup. Apa guna seorang pakar bedah hidup, jika bukan untuk bekerja?" katanya.







Dikuasakan oleh Blogger.