Header Ads

9 Pekerjaan Pelik Di Dunia. Macam Tak Percaya Pun Ada!


Bekerja sebagai jurutera, pemandu treler, peniaga, hackers malahan keyboard warrior itu sudah menjadi sangat biasa.

9 jenis pekerjaan berikut sangat pelik dan boleh jadi tak masuk akal juga.

Mari kita lihat pelik atau tidak pekerjaan ini...


1. Oshiya

Jepun merupakan sebuah negara yang mana ramai rakyatnya menggunakan keretapi laju (bullet train). Tugas Oshiya adalah mendorong dan menolak para penumpang Shinkansen (keretapi laju) masuk ke dalam keretapi agar lebih ramai penumpang boleh dimuatkan ke dalam keretapi tersebut.

2. Tukang Ratap

Di negara seperti China,Taiwan, Afrika dan Timur Tengah, apabila ada antara ahli keluarga meninggal dunia maka tukang ratap akan dipanggil untuk mewakili keluarga menangisi pemergian si mati.

Pekerjaan sebagai tukang ratap boleh memberikan pulangan yang agak lumayan di negara Taiwan hingga ada yang melakukan pekerjaan ini secara professional.


3. Cuida Carros

Pekerjaan ini di jalankan di Costa Rica, Brazil. Apa yang perlu dilakukan oleh Cuida Carros ialah berdiri dekat kereta agar tidak dilarikan orang. Bayaran adalah berdasarkan berapa lama Cuida Carros perlu menjaga kereta tersebut. Eh, kenapa tak buat mesin parking macam kat Malaysia saja kan?

 4. Pemancing Basikal

Amsterdam terkenal sebagai negara yang rakyatnya ramai menunggang basikal. Pekerjaan pelik yang ada di negara ini adalah memancing basikal. Ada dikalangan rakyatnya dengan sengaja membuang basikal ke dalam terusan yang terdapat di negara ini. Dianggarkan antara 12,000 ke 15,000 basikal berkarat berjaya di pancing setiap tahun di negara ini.


5. Chicken Sexer

Jangan ingat porn pulak. Tugas chicken sexer adalah menentukan jantina anak ayam yang baru menetas. Pekerjaan ini sangat di perlukan oleh pengusaha ternakan ayam. Boleh di anggap sebagai pekerjaan professional juga kerana kerjaya ini memerlukan skill yang khusus. Bukan senang nak cek jantina anak ayam yang kecil dan semuanya nampak sama. Haha.

6. Pengasuh Anak Burung Unta

Haa, jangan ingat manusia saja perlukan pengasuh. Burung unta pun ada pengasuh juga. Di Afrika Selatan penjaga anak burung unta diperlukan untuk menjaga anak burung unta agar tidak mematuk antara satu sama lain.

 7. Konsultant Persamaan Hak Jantina

Sweden merupakan sebuah negara yang mengamalkan hak sama rata antara lelaki dan wanita. Kerja sebagai konsultant hak jantina adalah memastikan kanak-kanak dilayan sama rata tanpa mengira jantina di pusat jagaan kanak-kanak di negara ini.



8. Tukang Korek Telinga

Alahai, kerja begini pun ada rupanya. Ya. Ia wujud di India. Bekerja sebagai pengorek telinga merupakan antara pekerjaan tertua di negara ini dan diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Modal mereka adalah kapas dan penyepit.

Dikuasakan oleh Blogger.