Header Ads

7 Perkara Rakyat Malaysia Tak Boleh Hidup Tanpanya


Setiap negara mempunyai identiti atau keunikannya yang tersendiri. Seperti negara Jepun yang terkenal dengan pengeluar mesin dan robot. Tak kurang juga dengan makanannya, sushi dan wasabi,
begitu juga di Malaysia yang terkenal dengan keunikkannya. Dan memang tidak dapat disangkal lagi, hampir semua rakyat Malaysia tidak boleh hidup tanpa perkara-perkara ini. Antaranya ialah :


1.Makan nasi lemak setiap hari atau minggu

Pertama sekali, anda pasti tidak dapat nafikan perkara ini adalah benar.Ia satu hidangan yang kita tidak akan dapat hidup tanpanya. Maksudnya disini, hari atau minggu kita seperti ada yang tak lengkap tanpa nasi lemak. Siapa yang mahu menolak hidangan yang enak itu bukan?

2.Myvi

Anda tidak akan pernah gagal untuk menemui kereta Myvi semasa dalam perjalanan di jalan raya di Malaysia. Walau apa pun alasannya, jalan-jalan sentiasa dipenuhi dengannya. Malah, jika anda tanya mana-mana rakyat Malaysia pasti mereka akan memberitahu anda bahawa sekurang-kurangnya satu orang memiliki satu kereta Myvi.


3.Cili

Apa yang menggambarkan rakyat Malaysia ini benar-benar rakyat Malaysia yang sejati adalah cilinya. Kita ada belacan,sambal,cili padi,cili sos dan macam-macam lagi.Serius tiada tempat lain selain diMalaysia yang kita boleh temui cili dimana-mana sahaja kita berada. Walaupun tak semua orang boleh tahan dengan kepedasannya tapi cilitetap mendapat tempat dihati seluruh rakyat Malaysia.

4.Mamak

Sama ada siang atau malam, hujan atau panas, kedai Mamak sentiasa dipenuhi oleh pelanggan.
Perniagaannya sentiasa beroperasi, dan kita seolah-olah tidak boleh untuk mencari tempat yang lebih baik untuk berehat dan lepak. Mamak terbaik!


5.Masa

Entah bagaimana rakyat Malaysia tetapkan secara automatik masa mereka kepada setengah jam atau satu jam kemudian. Apabila anda ada temujanji dengan rakan anda, pastikan anda tahu tetapan masa mereka .Jika tidak terpaksalah anda menjadi 'penunggu tak bertauliah' menunggu disitu.


6.Telefon pintar, media sosial dan internet

Rakyat Malaysia ini, kadang-kadang takut bila rakan-rakan mereka tidak mengetahui betapa hebat cara hidup mereka dan mereka mula memuat naik segala apa yang mereka kerjakan sehari-harian dimedia sosial untuk dikongsikan pada semua. Terutamanya bab makanan. Kadang-kadang ambil masa selama 5-10 minit untuk ambil gambar hidangan makanan sebelum ianya siap untuk dimakan.
Sharing is caring bukan?


7. Meminta diskaun atau barangan percuma

Sebagai 'pembeli pintar', rakyat Malaysia akan bermati-matian mahu mendapatkan nilai yang terbaik dalam apa sahaja yang mereka beli. Kita sering akan bertanya, "eh, ada diskaun / hadiah percuma tak?" Kerana jauh di dalam hati kita, kita yakin bahawa mereka mampu untuk memberikan kita 'harga terbaik'.

Anda bagaimana ? Bolehkah hidup tanpa 7 perkara ini?
Dikuasakan oleh Blogger.