Header Ads

7 Cara Mudah Agar Anak Tercinta Teladani Gaya Hidup Rasulullah


Rasulullah SAW menjadi manusia terunggul kerana akhlaknya yang mempersona. Gaya tutur bahasa yang lemah lembut, perilakunya yang budi pekerti menjadikan dia seorang insan yang sangat mempengaruhi kehidupan sehingga hari ini.

Mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh untuk dijadikan teladan, diharapkan anak-anak kecil dapat bersikap dengan baik setiap hari. Namun dalam mengajarkan anak-anak untuk pupuk rasa cinta dan ingin meneladani Rasulullah SAW, berikut kami kongsikan lapan cara yang telah dikongsikan melalui laman AboutISlam dan MuslimDaily.

1. Ajarkan Satu Kebaikan Setiap Hari


"Satu Kebaikan, Satu Hari" adalah cara yang baik untuk mula meniru sunnah-sunnah Nabi, kerana beliau mendorong orang-orang beriman untuk melakukan perbuatan baik walaupun jika perbuatan itu hanya sekecil senyuman kepada saudara atau saudarinya yang lain.

2. Bacakan Sirah Nabawi Sebelum Anak Tidur


Apabila menceritakan kisah Rasulullah sebelum anak tidur, ianya memungkinkan anak-anak untuk mengambil pengajaran daripada kisah Nabi setelah seharian bersekolah dan bermain.

3. Bawa Berjalan


Melakukan aktiviti luaran membantu meningkatkan pengetahuan dan membawa kita lebih dekat kepada Allah selain juga memperluas daya berfikir. Tidak kisah sama ada anda ingin bawa keluarga melancong ke luar atau dalam negara, mahupun bawa anak dan keluarga berjalan sekitar kota ketika hujung minggu, pastikan anak-anak melihat suatu pandangan yang lebih luas atau sesuatu yang mereka tidak pernah melihat.

4. Cintai Alam Sekitar


Rasulullah SAW mencintai bumi kerana bumi tempat kita berpijak untuk mencintai Allah SWT. Dia juga mendorong penanaman pokok dan menyayangi haiwan.

5. Sayangi Anak-anak Yatim


Kelak ketika sudah dikurniakan cahaya mata, jangan dilupakan anak-anak untuk dedahkan mereka tentang anak yatim.

Berikan penerangan yang jelas tentang mereka, ajarkan anak-anak tentang perasaan syukur dan kerendahan hati. Ini membantu untuk membesarkan anak-anak memiliki perasaan kasih terhadap orang lain sehingga kelak mereka akan suka bersedekah dan hargai apa yang mereka miliki.

6. Membaca Surah dan Pelajari Tafsir


Cara yang paling jelas untuk mengenal kehidupan Rasulullah adalah dengan memahami bacaan Al-Quran dan Hadis.

Terangkan kepada mereka tentang keberkatan dalam membaca Al-Quran bahkan ianya lebih baik apabila bukan diguna sekadar untuk membaca namun memahami disebalik pesanan setiap surah kerana setiap bacaan yang faham isinya pastinya akan mendorong anak-anak untuk mengamalkan ajaran tersebut.

7. Berdoa Dan Berzikir Sepanjang Waktu


Rasulullah dikenal sebagai seorang yang kuat berdoa dan berzikir dalam aktiviti seharianya.

Malah, sudah banyak buku yang mengumpulkan koleksi-koleksi doa dari hadis Nabi Muhammad SAW yang dapat kita baca dalam kehidupan seharian.
Dikuasakan oleh Blogger.