Header Ads

55 Fakta Menarik Tentang Tubuh Manusia



1. Satu-satunya bahagian yang tidak mempunyai bekalan darah ialah kornea mata. Ia menerima oksigen daripada udara.

2. Otak manusia mempunyai kapasiti memori, yang mana lebih daripada empat terabyte pada hard drive.

3. Bayi yang baru dilahirkan boleh bernafas dan menelan pada masa yang sama sehingga berusia tujuh bulan.

4. Tengkorak manusia terdiri daripada 29 tulang yang berbeza.

5. Impul saraf dihantar dari otak kelajuan 274 km/j.

6. Otak manusia menghasilkan lebih banyak impul elektrik sehari berbanding semua telefon yang digabungkan di dunia.

7. Purata badan manusia mengandungi sulfur yang mencukupi untuk membunuh kutu pada anjing, karbon yang mencukupi untuk membuat 900 batang pensel, potassium yang cukup untuk membakar meriam mainan, lemak yang mencukupi untuk membuat tujuh buku sabun dan air yang mencukupi untuk memenuhkan tong 50 liter.

8. Jantung manusia mengepam 182 juta liter darah sepanjang jangka hayat yang biasa.

9. 50,000 sel dalam badan mati dan digantikan dengan yang baru ketika anda sedang membaca ayat ini.

10. Embrio manusia memperoleh cap jari dalam masa tiga bulan persenyawaan.


11. Jantung wanita berdegup lebih pantas daripada jantung lelaki.

12. Seorang lelaki bernama Charles Osborne tersedu selama 68 tahun.


13. Orang bertangan kanan, secara purata, hidup sembilan tahun lebih lama, berbanding orang yang kidal.

14. Kebiasaannya, manusia lupa 90 peratus mimpi mereka.

15. Jumlah panjang saluran darah dalam badan manusia ialah 100,000km.

16. Kita kehilangan kehangatan badan sebanyak 80 peratus daripada kepala.

17. Apabila anda malu, perut anda juga menjadi merah.


18. Rasa dahaga berlaku apabila kehilangan air sama dengan satu peratus berat badan anda. Kehilangan lebih daripada 5 peratus boleh menyebabkan pengsan, dan lebih 10 peratus boleh menyebabkan kematian akibat dehidrasi.

19. Sekurang-kurangnya 700 enzim adalah aktif dalam badan.

20. Bukan sahaja manusia, koala juga mempunyai cap jari yang unik.

21. Hanya satu peratus bakteria boleh membuatkan badan manusia sakit.

22. Gigi adalah satu-satunya bahagian yang tidak boleh sembuh dengan sendiri.

23. Secara kebiasaan, seorang manusia memerlukan tujuh minit untuk lena.

24. Bau epal dan pisang dapat membantu manusia mengurangkan berat badan.


25. Dalam ramai yang berkebolehan menggerakkan telinga mereka, hanya satu pertiga sahaja yang boleh mengerakkan satu telinga.

26. Jumlah berat bakteria dalam badan ialah 2kg.

27. Bibir manusia 100 kali lebih sensitif berbanding hujung jari.

28. 99 peratus kalsium terkandung dalam badan manusia terletak pada gigi.

29. Kulit manusia digantikan sepenuhnya sebanyak 1,000 kali sepanjang hayat.

30. Orang yang merokok sekotak rokok sehari bersamaan dengan meminum separuh cawan berisi tar setahun.

31. Mata lelaki berkelip dua kali ganda kekerapan berbanding wanita.


32. Lelaki secara rasminya diklasifikasikan sebagai kerdil jika ketinggian di bawah 1.3m, manakala wanita dengan 1.2m.

33. Mata seseorang yang berwarna biru lebih sensitif terhadap sakit berbanding yang lain.

34. Semua orang ada lekuk di bahagian bawah belakang, tetapi pada sesetengah orang, ianya lebih jelas kelihatan berbanding orang lain.



35. Jika salah seorang kembar siam kekurangan gigi tertentu, kembarnya juga akan mengalami perkara yang sama.

36. Luas permukaan paru-paru manusia hampir sama besar dengan luas gelanggang tenis.

37. Otot manusia yang paling kuat ialah lidah.

38. Jantung manusia hampir sama saiznya dengan genggaman tangannya. Jantung orang dewasa mempunyai berat 220-260 gram.

39. Ketika lahir, terdapat 14 juta sel pada otak manusia. Bilangan tersebut akan berkurangan dengan meningkatnya usia. Selepas 25 tahun, sel berkurangan sehingga 100,000 setiap hari. Selepas 50 tahun, sel saraf mengecut dan otak menjadi lebih kecil.

40. Sepanjang hayat seorang manusia, usus kecil adalah 2.5 meter. Selepas meninggal, ia akan meningkat sehingga 6 meter kerana otot pada dinding usus tidak lagi bekerja.

41. Seorang dewasa melakukan hampir 23,000 pernafasan sehari.

42. Sel paling kecil dalam tubuh lelaki ialah sel sperma.

43. Mata manusia boleh membezakan 10 juta warna yang berbeza.

44. Bahan kimia yang terdapat dalam tubuh manusia yang menyebabkan perasaan terlalu gembira (phenylethylamine) juga terdapat dalam coklat.

45. Seorang manusia membakar lebih banyak kalori ketika tidur berbanding ketika menonton TV.

46. Jantung manusia mengepam darah pada tekanan yang mampu untuk menaikkan darah sehingga ke tingkat empat sebuah bangunan.

47. Seorang manusia menggunakan 17 otot ketika senyum, dan 43 otot ketika berkerut.


48. Ketika usia 60 tahun, kebanyakan orang kehilangan separuh daripada deria rasa.

49. Jika anda terperangkap dalam bilik yang tertutup sepenuhnya, anda tidak akan mati kerana kekurangan udara tetapi mati akibat keracunan karbon dioksida.

50. Mata kita mengekalkan saiz yang sama sepertimana ketika lahir, tetapi hidung dan telinga sentiasa membesar.


51. Otot yang membantu mata untuk fokus adalah 100,000 pergerakan sehari. Untuk memastikan otot kaki anda melakukan jumlah pergerakan yang sama, anda perlu berjalan kaki sejauh 80 km.

52. Tulang lebih kuat lima kali ganda berbanding besi.

53. Mustahil untuk bersin sambil mata anda terbuka.


54. Kuku kaki yang tidak tumbuh adalah keturunan.

55. Manusia akan mati dengan lebih cepat apabila kekurangan tidur berbanding ketika kelaparan.

Dikuasakan oleh Blogger.