Header Ads

5 Tanda Kawan Anda Sedang Cemburu Dan Apa Yang Anda Boleh Lakukan


Schadenfreude ialah satu perkataan dalam bahasa Jerman untuk kebahagiaan pada keburukan yang menimpa seseorang.

Apabila kawan memerlukan anda, pasti anda merasa lebih baik kerana dapat membantunya, bukan? Tetapi, kadangkala niat anda disalah anggap, mungkin ada yang cemburu terhadap anda.

Mungkin anda memperoleh sesuatu kejayaan atau perkara baik dalam hidup anda, anda jatuh cinta, atau berjaya kuruskan badan. Anda sangat gembira dan ingin berkongsi dengan kawan baik anda, orang yang anda berharap akan berasa gembira untuk anda, orang yang anda ingin berkongsi kegembiraan. Lalu, anda berjumpa dengannya untuk berkongsi, tetapi reaksinya biasa-biasa sahaja. Reaksinya itu membuatkan anda pula yang terkejut dan tertanya-tanya apa salah anda.

Pastinya, berbicara tentang cemburu, sesuatu yang memberi kesan dalam sesuatu persahabatan. Ramai yang kata saat yang sukar adalah ketika anda sedang mencari kawan sejati, tetapi sebenarnya anda hanya akan mengetahuinya apabila anda memperoleh kejayaan.

Sesetengah kawan suka ketika anda bersama-sama berusaha dengannya, dan apabila dunia anda semakin berkembang, ia akan membuatkan kawan anda berasa tidak selesa. Dalam keadaan lain, dia hanya inginkan anda kekal seperti dulu.


Ini lima tanda yang menandakan kawan anda sedang cemburu terhadap anda:

1. Menghilang secara perlahan.
Dia akan mencari jalan untuk kurangkan meluang masa dengan anda, terutama ketika anda semakin hampir kepada kejayaan. Kawan anda merasakan kebahagiaan anda mengingatkan kepada kesedihannya, dan hasilnya, dia memilih untuk menjauhkan diri. Kadang-kadang, dia akan berkata "terlalu sibuk" atau dia akan menghilang secara perlahan.  Kawan yang tidak cemburu akan meraikan bersama anda.

2. Pujian yang tidak menyokong.
Walau apa yang anda lakukan, kawan anda akan memberikan kredit kepada orang lain. Anda baru dapat kerja? "Itu sebab kau kenal orang". Anda berjaya menjual sesuatu? "Itu sebab kau pandai marketing". Kawan yang terlalu cemburu tidak pernah mengiktiraf sesuatu yang anda perolehi.

3. Respon yang dibuat-dibuat.
Responnya adalah tidak ikhlas, dengan memberikan senyuman yang sangat ketara dibuat-dibuat, dan berpura-pura gembira. Anda dapat merasakan dia tidak menyokong anda, dan anda sedar dia sedang berpura-pura.

4. Merendah-rendahkan anda.
Apabila anda berkongsi cerita yang gembira, dia tidak berasa teruja atau akan berusaha mengubah topik. Dia juga akan mendakwa hanya ingin membantu anda menjadi realistik, dengan mengingatkan anda tentang kegagalan yang lepas.

5. Tidak menyokong anda.
Apabila anda ingin mencuba sesuatu, seperti kerja baru, dia akan berkata "kau tak sesuai dengan kerja tu". Walaupun anda belum bersedia, kawan yang sebenar akan menyokong dan membantu anda.

Atau, anda memerlukan bantuannya, tetapi dia memberikan pelbagai alasan. Kawan yang sebenar akan membantu di saat anda memerlukannya, mungkin dia tidak sempurna, atau berada di sisi anda setiap masa, tetapi dia akan sentiasa menyokong anda.


Semak kelakuan dan niat anda:

Lihat jika anda boleh meletakkan diri anda di tempatnya dan semak jika anda boleh mengenalpasti mengapa dia berkelakuan sedemikian. Bertanggungjawab dengan tindakan anda.

Cuba cari masa untuk berbincang dengannya dan lihat mengapa dia berasa cemburu. Jangan terkejut jika dia berkata itu hanya sangkaan anda, kadangkala kawan anda juga tidak sedar dirinya begitu. Buatkan dia tahu reaksinya dan apa yang anda rasa apabila dia berkata begitu, sebagai contoh "bila aku dengar kau cakap macam tu, aku rasa..."

Cuba untuk berbincang bagaimana untuk anda melaluinya bersama dengannya, sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Jika dia terus menuding jari terhadap anda dan enggan bertanggungjawab terhadap kelakuannya, mungkin sudah tiba masanya untuk anda nilai semula keperluan untuk kekal dalam persahabatan itu.

Dikuasakan oleh Blogger.