Header Ads

5 Risiko Wanita Akan Alami Jika Selalu Bawa Beg Tangan Berat!


Wanita dan beg tangan memang tak dapat pisahkan. Rasa macam tak kena je kalau jalan dengan tangan kosong.

Tapi, masalah wanita ialah apabila beg tangan yang terlalu berat. Sehinggakan barang yang tak diperlukan pun ada dalam beg tangan.

Tahukah anda bahawa, beg tangan yang beratnya melebihi 3 kilogram mampu menjejaskan kesihatan tubuh.

5 Perkara ini yang akan berlaku jika anda selalu sangat bawa beg tangan berat macam batu!

1. Tubuh badan anda jadi tak seimbang

Apabila beg diletakkan pada satu bahu, sebelah tangan tidak dapat dihayunkan. Ia membuatkan tubuh badan anda jadi tak seimbang.

2. Otot bahu jadi tak seimbang

Selalunya kita letakkan beg pada bahu yang kita selesa. Tapi tekanan demi tekanan boleh menyebabkan otot bahu tersebut lebih besar berbanding dengan sebelah lagi.


3. Rasa kebas

Beban pada bahu juga akan menyebabkan rasa kebas dan sakit kerana memikul beban dalam masa yang lama. Belakang leher juga akan turut rasa sakit akibat dari tekanan tersebut.


4. Bawa beg berat boleh menyebabkan sakit kepala?

Ya, memikul beban yang berat akan membuatkan anda rasa sakit kepala. Apabila otot bahu dan leher kejang, ia menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang kepala.


5. Lelaki rasa bengang dengan anda. Sebab apa?

Bila perempuan dah letih nak kena bawa beg tangan yang berat, mulalah lelaki jadi mangsa. Wanita kena tahu, tak semua lelaki RELA nak tolong pegangkan beg tangan.

Dikuasakan oleh Blogger.