Header Ads

5 Punca Mata Anda Cepat Berkedut & Nampak Tua!


Usia masih muda, tapi mata dah nampak seperti berusia. Tak pasal-pasal orang panggil awak makcik dek kerana mata nampak tua.

Orang selalu cakap, mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi, jika nak nampak awet muda dan mata nampak cantik macam Aishwarya Rai, ketahui punca mata anda cepat berkedut!


1. Terlalu banyak minum kafein
Kafein mempunyai kesan stimulant yang membuatkan jantung bekerja lebih cepat dan metabolisme meningkat. Ia boleh mempengaruhi otot dan saraf di sekitar mata anda. Disebabkan itu mata anda cepat berkedut walaupun usia masih muda.


2. Tekanan dan Stres
Tubuh anda akan memberi reaksi berbeza apabila berhadapan dengan stres, salah satunya ialah mata akan berkedut. Mata berkedut adalah tanda tubuh dan otak anda melakukan sesuatu secara berlebihan dan beri kesan pada organ.


3. Alergi
Jika anda mengalami alergi, ia beri kesan buruk pada tubuh badan anda. Salah satu yang boleh terjadi adalah otot dan saraf berkedut, kerengsaan, dan gatal di kawasan mata yang disebabkan oleh terhasilnya histamine dalam tubuh.


4. Kurang waktu tidur
Otot di sekitar mata kawasan sensitif. Apabila terdapat ketidakseimbangan prestasi dalam kawasan tersebut, ia akan mengalami kesan sampingan negatif. Kedutan akan timbul apabila anda paksa mata untuk bekerja dalam tempoh masa yang lama.


5. Mata anda memerlukan lensa tambahan
Bagi mereka yang mengalami masalah rabun tapi tidak memakai cermin mata, pasti akan mengecilkan mata kerana tidak dapat melihat sesuatu dengan jelas. Tabiat anda itu membuatkan mata anda cepat berkedut dan nampak lebih tua. Jadi, kalau sudah rabun, pakailah cermin mata.

Dikuasakan oleh Blogger.