Header Ads

5 Cara Pantas & Mudah Untuk Dapatkan Perut Idaman! Lakukan Setiap Hari!


Kurus, tapi perut buncit? Kenapa? Cuba perhatikan menu makanan anda setiap hari dan juga rutin bersenam.

Lihat 5 cara pantas ini, untuk dapatkan perut rata idaman anda!

1. Sarapan oatmeal

Pilih oatmeal sebagai menu sarapan anda. Serat larut dalam oat dan epal sangat berkesan untuk mengawal berat badan anda. Jadi, tunggu apa lagi!


2. Minum teh hijau

Kajian menunjukkan mereka yang minum 2 cawan teh hijau setiap hari dapat membuang lemak perut mereka enam kali lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum. Kandungan Catechin dalam teh hijau dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk membakar lemak.

3. Makan kekacang

Tahukah anda, kekacang juga juga boleh membuatkan anda langsing? Kandungan lemak yang baik pada kekacang dapat membantu anda untuk tetap langsing.


4. Jalan kaki

Cara paling mudah untuk dapatkan perut yang langsing adalah dengan berjalan kaki. Tak susah pun kan. Pakar dari University of Virginia mendapati, wanita yang berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dapat membakar lemak tubuh mereka sehingga enam kali daripada mereka yang hanya berjalan lima hari dalam seminggu.


5. Makan banyak yogurt

Pakar di University of Tennessee mendapati bahawa mereka yang makan yogurt bebas lemak setiap hari dapat membakar lemak perut hingga 81 peratus berbanding mereka yang hanya menghadkan pengambilan kalori sahaja.


Dikuasakan oleh Blogger.