Header Ads

5 Cara Korang Boleh Buat Bila Berdepan Rakan Si Mulut Murai!


Bila ada kawan yang ramah dan disenangi memang okay. Tapi, kalau dapat yang banyak cakap macam mulut murai, penat juga nak melayan.

Kadang-kadang sampai satu tahap, kita jadi tak tahan bila mereka ini cakap non stop.

Jika ada kawan yang jenis macam ni, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengawal dan mengelak.


Tunjuk muka bosan

Tunjukkan reaksi yang anda tak berminat nak dengar cerita mereka. Tapi jangan la lebih-lebih. Mungkin anda boleh menguap atau tongkat dagu tanda bosan. Mesti mereka akan faham.


Ubah topik

Ubah perhatian rakan anda itu dengan bertanyakan soalan tentang perkara lain atau kongsi cerita lain. Kalau boleh cakap tentang sesuatu yang mereka tak tahu.


Tengok telefon

Ambil saja telefon bimbit dan pura-pura sibuk. Dia sendiri akan bertanya apa yang kita sedang lihat dan akan berhenti bercakap. Jika dia kawan baik kita, dia tidak akan kecil hati.


Tegur dengan cara melawak

Jika mereka tu kawan baik anda dan anda boleh menegurnya, suruh je la dia berhenti cakap kejap dengan cara melawak. Jangan pulak anda bercakap dengan nada serius. Terasa dia nanti.


Lakukan aktiviti yang tak banyak berborak

Kalau dah tahu kawan anda tu mulut banyak, pilih aktiviti yang sesuai jika nak melepak seperti menonton wayang, bersukan atau karaoke. Dia tak berpeluang membebel dan telinga tak sakit.

Dikuasakan oleh Blogger.