Header Ads

5 Bukti Si Dia Serius Cintakan Anda Dan Bukan Main-Main!


Cinta memang indah. Tapi kalau terluka memang pedih dan sakit. Bukan mudah untuk bertemu dengan mereka yang benar-benar mencintai anda.

Kadang-kadang bertahun bercinta tapi akhirnya kecundang di tengah jalan. Ada pula yang bercinta sebulan dua lepas tu kahwin, tapi bahagia.

Jadi, kalau takut patah hati, kenali 5 tanda ini agar anda tidak lagi buang masa dengan mereka yang tidak serius mencintai anda!


1. Selalu ada ketika susah & senang

Jika si dia selalu ada ketika anda senang ataupun susah dan mendengar apa sahaja masalah anda, itu tandanya dia benar-benar cintakan anda. Lelaki tidak akan buang masa pada mereka yang tidak penting dalam hidupnya.


2. Buat anda ketawa

Mesti rasa bahagia jika bersama dengan orang yang selalu buat anda ketawa. Jika si dia sentiasa buat anda ketawa, dia betul-betul cintakan anda. Lelaki pasti akan rasa bahagia jika buat orang dia cintai ketawa.

3. Jadi diri sendiri di depan anda

Jika si dia cintakan anda, dia tidak malu untuk menjadi diri sendiri depan anda. Tak malu untuk tunjukkan perangai buruk mereka. Mesti ada je kan lelaki yang tiba-tiba kentut secara tak sengaja depan anda. Haha..

4. Tidak jemu berjumpa anda

Mesti ada yang rasa pelik kalau ada lelaki yang tidak jemu jumpa anda setiap hari. Itu tandanya dia betul-betul cintakan anda dan rasa pelik kalau tak jumpa walaupun sehari.


5. Sanggup habiskan masa dengan anda

Jika si dia sanggup habiskan masa dengan anda selepas habis kerja, itu tandanya cinta. Lelaki lebih sanggup habiskan masa lepak dengan kawan-kawan, atau ke gym. Tapi, kalau dia sanggup ketepikan semua itu untuk anda, memang sah dia cintakan anda!

Dikuasakan oleh Blogger.