Header Ads

14 Kesalahan Yang Sering Kita Lakukan Ketika Membasuh Pakaian


Perkara pertama yang anda harus lakukan untuk mengekalkan pakaian anda dalam keadaan bersih dan cantik ialah belajar cara membasuh pakaian dengan betul.

Di sini kami nyatakan beberapa kesalahan yang sering dilakukan yang boleh merosakkan pakaian kesayangan anda.

1. Tidak mengasingkan pakaian dengan betul.

Selain mengasingkan pakaian mengikut warna, anda juga harus memberikan perhatian kepada jenis fabrik. Seperti contoh, anda tidak seharusnya mencampurkan tuala dengan pakaian yang diperbuat daripada sintetik.

2. Membersihkan kotoran dengan cara yang salah.

Jangan terkejut apabila baju anda berlubang jika anda sering menggosok kotoran dengan bersungguh-sungguh. Kotoran sepatutnya dibasuh dengan lembut. Cara terbaik untuk mengelakkan kain koyak ialah dengan meletakkan fabrik putih pada kotoran itu dan biarkannya meresap.

3. Menggunakan terlalu banyak serbuk pencuci.


Cara ini akan menghasilkan terlalu banyak buih yang boleh membuatkan habuk melekat di bahagian tertentu seperti kolar baju. Ini akan membuatkan baju menjadi semakin kotor, dan ini bukan hasil yang anda inginkan, bukan?

4. Tidak memberi perhatian kepada zip.


Zip seharusnya ditutup dengan baik sebelum pakaian itu dibasuh kerana gigi zip itu boleh merosakkan pakaian lain.

5. Membutang baju.

Anda seharusnya sentiasa membuka butang baju. Jika tidak, butang tersebut mudah tercabut, dan baju akan kelihatan tidak kemas.

6. Menggunakan terlalu banyak peluntur.

Peluntur boleh membuatkan fabrik menjadi kurang tahan lama dan baju akan mudah koyak, oleh itu anda disarankan untuk cuba mendidihkan basuhan. Anda boleh melakukannya dengan mengambil periuk besar dan ditambahkan dua titisan jus lemon.

7. Membasuh pakaian renang dalam mesin basuh.


Pakaian renang, dan juga pakaian lain yang diperbuat daripada spandex tidak seharusnya dibasuh menggunakan mesin basuh. Cara yang betul adalah membasuh dalam air sejuk.

8. Memberikan mesin basuh waktu rehat.

Sesetengah orang memilih untuk merehatkan mesin basuh kerana mereka percaya beberapa kali basuhan boleh merosakkan mesin. Namun, ini sebenarnya tidak benar. Menggunakan mesin basuh tanpa henti dapat mengurangkan penggunaan elektrik kerana mesin basuh menggunakan kepanasan yang berbaki daripada basuhan yang lepas.

9. Menggunakan satu kali basuhan untuk bantal dan selimut.


Jika anda membasuh bantal bulu dan selimut dalam mesin basuh, gunakan dua kali basuhan berturut-turut: bulu boleh mengekalkan buih, jadi sabun mungkin terperangkap dalam bantal.

10. Membasuh pakaian tanpa mengasingkannya.

Salah satu tugas yang meletihkan selepas membasuh adalah mencari padanan stokin. Apa kata anda cuba basuh stokin dahulu? Pasti anda suka akan hasilnya.

11. Menggunakan pelembut kain untuk tuala.

Bahan kimia mengurangkan kapasiti penyerapan fabrik, jadi lebih baik jika anda tidak menggunakannya untuk tuala.

12. Membasuh terlalu banyak kain dalam satu masa.


Anda tidak seharusnya memenuhi mesin basuh kerana ia boleh merosakkan mesin basuh.

13. Menggunakan serbuk dan cecair pencuci yang mahal.


Kebanyakan pencuci yang kita gunakan mengandungi pengganti perkakas rumah yang murah: garam boleh membuatkan pakaian kelihatan lebih bersinar, dan kapur membantu menghilangkan kotoran. Sabun pencuci melunturkan dan membasuh kotoran. Jus lemon boleh digunakan untuk menjadikan kain lebih lembut dan lebih wangi.

14. Tidak memberi perhatian kepada mesin basuh.


Penjagaan mesin basuh sangat perlu dititikberatkan. Ingat, kebanyakan bahagian dalam mesin basuh boleh digerakkan. Anda perlu memberikan perhatian kerana kotoran boleh tertinggal di bahagian itu. Elakkan menutup mesin basuh selepas basuhan supaya ianya dapat dikeringkan.

Lakukan pembersihan setahun sekali menggunakan air panas dan cuka. Ini dapat mengelakkan mesin basuh daripada rosak.

Dikuasakan oleh Blogger.