Header Ads

11 Tahun Hidup Tanpa Muka, Kini Mendapat Wajah Baru


Kisah ini dicatatkan pada tahun 2010.

Sejak 11 tahun lalu, Chrissy Steltz telah hidup tanpa mempunyai muka.

Selepas satu kemalangan dengan senapang patah telah merosakkan wajahnya dan menyebabkan dirinya menjadi buta, Chrissy telah membuat langkah yang hebat untuk hidup secara normal. Dia telah belajar membaca Braille dan menggunakan tongkat. Dia telah berjumpa dengan kekasihnya di sekolah untuk orang buta dan melahirkan seorang anak lelaki pada 23 Julai 2009.

Walaupun dia mempunyai kehidupan yang lengkap, dia merasakan dia kehilangan sesuatu: wajah seorang ibu untuk dilihat oleh anaknya. Ibu yang berusia 27 tahun ini menggunakan topeng muka tidur untuk menutup kecederaan di wajahnya.


Kini, dengan bantuan beberapa doktor yang bermurah hati dan maju dengan teknologi, Chrissy akhirnya diberikan wajah palsu yang baru. Para doktor telah menggunakan rupa Chrissy ketika berusia 16 tahun.

Chrissy percaya bahawa anggota palsu itu akan membuatkan dirinya berasa lebih baik. Walaupun dia buta, dia sering merasakan ditenung oleh orang lain.

Selain keyakinan diri, ada yang lebih penting daripada hal itu, Dia menginginkan anggota palsu itu "supaya anak lelaku saya dapat membesar dengan mengetahui bahawa ibunya kelihatan seperti manusia biasa berbanding orang yang dibayangi dengan tidur."



Pada Mac 1999, Chrissy dan kekasihnya yang tinggal bersamanya, Will O'Brien mengadakan parti di rumah mereka, yang mana terdapat beberapa orang kawan yang sedang meminum arak. Kemudian, salah seorang kawannya menjumpai senapang patah di bawah sofa dan mula bermain-main dengan senapang itu.

Perkara terakhir yang didengarinya sebelum terdengar bunyi tembakan ialah, "Oh jangan risau. Ini tidak mempunyai peluru," Peluru dari senapang itu merosakkan dua pertiga wajah Chrissy.

Dia dikejarkan ke hospital, disahkan koma, dan terlantar di hospital selama 6 minggu. Dia tidak dapat melihat atau menghidu, malah turut kehilangan beberapa bahagian pendengaran dan deria rasa.

Chrissy masih hidup dengan beberapa butir peluru di dalam otaknya yang tidak akan dapat dikeluarkan.


Wajah palsunya turut dilengkapi dengan mekap, seperti eyeliner, eye shadow, dan maskara. Kos pembuatan wajah itu mencecah $80,000 (RM360,000) tetapi pihak insurans kesihatannya enggan melindungi kos itu mengatakan ianya prosedur kecantikan. Para doktor dan staf telah berusaha membantu Chrissy dengan meluangkan masa dan servis mereka supaya Chrissy mempunyai muka.

Kini, dia sangat berpuas hati dengan wajah barunya. Dia juga mendapat layanan seperti orang lain.













Dikuasakan oleh Blogger.