Header Ads

Youtuber Terkenal Menjalani Pembedahan Untuk Kepuasan Dirinya


Stef Sanjati ialah seorang Youtuber yang berjaya dengan hampir 400,000 pengikut. Seperti rakannya yang lain, warganegara Kanada yang berusia 20 tahun ini berkongsi tips kecantikan dan cerita dalam kehidupannya dalam videonya.


Tetapi, tidak seperti blogger kecantikan yang lain, Stef sebenarnya seorang transgender dan mendokumentasikan pertukaran dirinya daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan.

Baru-baru ini, Stef melalui pembedahan feminisasi muka dan berkongsi video sebelum dan selepas.



Dia telah mengambil oestrogen selama setahun tetapi pembedahan ini adalah langkah besar dalam perubahannya. Setiap hari, dia menghabiskan masa sehingga 5 jam untuk memakai mekap supaya wajahnya kelihatan lebih feminin.

Selain itu, dia mengadakan tabung derma untuk dirinya yang dinamakan GoFundMe dan menerima derma lebih daripada 1,750 orang untuk mencapai matlamatnya sebanyak $32,000.

Pembedahan yang menelan kos sebanyak CAD $45,000 (RM150,000) dijalankan di Boston. Dia memilih menjalani pembedahan kerana ingin dirinya kelihatan seperti perempuan sebenar seperti yang selalu dibayangkannya.

Dikuasakan oleh Blogger.