Header Ads

'Wanita Kaya' Ini Menggunakan Teknik Baru Dalam Memperoleh Wang Melalui Instagram


Seorang wanita dipenjarakan kerana membeli beg berjenama, memulangkan jenis palsu, dan mengambil untung melalui cara tersebut.

Praepitcha Smatsorabudh, 41, dari Arlington, Virginia, akan menjual beg tangan jenama Gucci, Burberry, dan Fendi yang sebenar di eBay.

Dia akan memulangkan beg tangan tiruan buatan China kepada lebih 60 kedai di 12 negeri di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun ini.

Pihak kedai akan memulangkan semula wangnya, dan dia menghasilkan wang menggunakan beg tangan asli.

Praepitcha yang berasal dari Thailand akan menjual beg tangan tersebut dalam lingkungan $2,000 (RM9,000) setiap satu.


Dia akan memuat naik beberapa keping gambar barangan mewah di akaun Instagram miliknya, "richgirlscollection". Selain itu, dia turut menggunakan platform media sosial itu untuk menunjuk-nunjuk gaya hidupnya yang sangat mewah.

Sebelum ditangkap, dia berjaya memperoleh lebih RM1 juta. Sasaran terbesarnya adalah T.J. Maxx. Namun, salah seorang staf telah melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Praepitcha telah ditangkap apabila seorang pegawai polis yang menyamar sebagai pembeli online telah membeli beg daripadanya.

Dia didapati bersalah pada bulan Ogos, dan dijatuhkan hukuman 30 bulan penjara pada hari Rabu, 21 Disember. Dia juga telah diarahkan untuk membayar sebanyak $403,250.81 (RM 1,809,000) sebagai ganti rugi.







Dikuasakan oleh Blogger.