Header Ads

Wanita Dengan Berat 500kg Akan Diterbangkan Ke India Untuk Menjalani Pembedahan



Seorang wanita Mesir, dipercayai wanita yang mempunyai berat badan paling tinggi dengan 500kg, akan diterbangkan ke India untuk menjalani pembedahan mengurangkan berat.

Eman Ahmed Abd El Aty, 36, akan diterbangkan ke Mumbai dengan menggunakan pesawat yang ditempah khas, dan akan dibedah oleh pakar dalam pembedahan mengurangkan berat badan, Dr Muffazal Lakdawala.

Pada awalnya, kedutaan India di Kaherah menolak permohonan visanya kerana dia tidak mampu pergi bersendirian, tetapi telah diluluskan selepas pakar bedah tersebut tweet kepada menteri India.

Keluarga Eman mengatakan bahawa Eman tidak dapat keluar dari rumah sejak 25 tahun yang lalu, dan memberitahu beratnya mencecah 500kg.


Jika benarlah kata keluarganya, itu akan menjadikan Eman wanita paling berat, kerana pemegang rekod Guinness terkini ialah Pauline Potter dari Amerika Syarikat dengan berat 292kg.

Dia dilahirkan dengan berat 5kg dan disahkan menghidapi elephantiasis, iaitu satu keadaan anggota badan membengkak kerana jangkitan parasit.

Lalu, berat badannya bertambah seiring tumbesarannya kerana dia tidak mampu berdiri dan hanya merangkak ketika usia 11 tahun. Kini, dia menghidapi strok yang membuatkannya hantar terlantar di atas katil.

Dr Lakdawala percaya bahawa Eman tidak menghidap elephantiasis, tetapi mengalami masalah tisu badan yang membengkak, yang berkaitan dengan obesiti.

Dikuasakan oleh Blogger.