Header Ads

Wahai Wanita, Ketahui Perbezaan Antara Disukai Atau Dihargai Oleh Lelaki


Pastinya ada perbezaan antara menyukai seseorang dan menghargai mereka. Kadangkala kita lebih mementingkan kenyataan bahawa seseorang itu suka akan kita dan lupa betapa pentingnya dihargai. Menjadi seseorang yang disukai adalah bagus, tetapi menjadi orang yang dihargai adalah lebih baik.

Sebagai contoh, anda sukakan telefon anda, ia menemani ketika anda berasa bosan, ia akan melakukan apa yang anda inginkan, tetapi tidak semestinya anda menghargainya. Ini kerana, anda jatuhkan telefon tersebut dan apabila rosak, anda bertanya kepada kawan jika mereka mempunyai telefon lama yang boleh dipinjamkan. Telefon anda bagus ketika berfungsi dengan baik tetapi apabila telefon tersebut mula menghadapi masalah, anda menggantikannya dengan yang lebih baik.

Begitulah perbezaan antara suka dan menghargai, dan perbezaannya sangat ketara.

Jangan mendampingi seseorang yang membuatkan anda berasa istimewa jika kelakuannya tidak sebegitu.

Apabila seorang lelaki mengatakan dia sukakan anda, jangan hanya menanti lelaki itu. Tetapi, tanyakan kepadanya persediaan dalam perhubungan.

Jangan sia-siakan hari anda dengan cuba mengambil perhatian dia kerana secara jujurnya, anda tidak ingin lelaki yang hanya sukakan anda. Anda layak mendapat seseorang yang menghargai anda.



Anda layak mendapat seseorang yang tahu betapa pentingnya diri anda dan betapa bernilainya anda sebenarnya. Anda sepatutnya menjadi orang yang penting dalam hidup seseorang; a better half dan sebahagian daripada hidup lelaki itu yang membuatkan mereka menjadi lebih baik.

Dihargai bermaksud kehadiran anda dalam hidupnya sangat disyukuri, dia menghormati diri dan perasaan anda. Dia sangat mengambil berat tentang anda.

Dengan mendampingi orang yang tidak menghargai anda, menunjukkan anda tidak menghargai diri anda sendiri.

Ketahui nilai diri anda supaya anda dilayan dengan baik!

Dikuasakan oleh Blogger.