Header Ads

Tiga Bandar di Malaysia Antara 10 Destinasi Pilihan di Asia 2017


Ramai yang ingin bercuti di luar negara. Apa kata kita menikmati keindahan negara kita? Tambahan pula, tiga tempat di Malaysia adalah antara 10 destinasi pilihan, seperti yang dimaklumkan oleh TripAdvisor.

Kuching, Kota Kinabalu, dan George Town ialah tiga bandar tersebut!

Destinasi ini sering menjadi pilihan dan terkenal dalam kalangan pengembara dari seluruh dunia.


Kuching, berada di kedudukan ke-8 digambarkan sebagai pengalaman yang penuh dengan warisan dan budaya setempat melalui muzium dan pelbagai tarikan lagi.


Diikuti pula dengan Kota Kinabalu di kedudukan ke-9, dan seterusnya George Town.

Kota Kinabalu merupakan destinasi popular untuk pencinta alam semulajadi dengan taman dan kehidupan laut, manakala George Town pula mempunyai pelbagai sejarah dan makanan yang enak.



Tiga destinasi paling popular pula ialah Baku di Azerbaijan, El Nido di Filipina, dan Jodhpur di India.

Dikuasakan oleh Blogger.