Header Ads

Tiada Lagi Sampah di Sweden. Lihat Bagaimana Mereka Melakukannya


Sweden sangat mahir dalam kitar semula, sehinggakan mereka terpaksa mengimport sampah dari negara lain untuk meneruskan perancangan kitar semula ini. Kurang daripada 1 peratus barang yang tidak digunakan dihantar ke tempat pembuangan sampah sejak tahun 2011.


Di UK, mereka membayar harga pengangkutan yang tinggi untuk menghantar sampah untuk dikitar semula ke negara luar, berbanding membayar denda untuk dihantar ke tempat pelupusan sampah.

Negara Eropah mensasarkan matlamat kitar semula sebanyak 65 peratus menjelang tahun 2030.


Mengapa UK menghantar barang yang tidak digunakan ke Sweden? Ini kerana sistem negara tersebut jauh lebih ke hadapan disebabkan budaya menjaga persekitaran.

Malah, Sweden merupakan salah satu negara yang melaksanakan cukai atas bahan mentah pada tahun 1991 dan kini, hampir separuh tenaga elektrik menggunakan sumber yang boleh diperbaharui.

Dikuasakan oleh Blogger.