Header Ads

Surat Terbuka Buat Gadis Yang Sedang Cuba Untuk Move On


Anda masih cintakan dia, bukan? Bukankah dia orang pertama yang terlintas di fikiran anda sewaktu pagi dan terakhir pada waktu malam? Anda selalu melihat ke telefon hanya untuk memeriksa jika ada panggilan atau text darinya. Anda sentiasa ingin meluangkan masa dengannya kerana itu membuatkan anda gembira. Dia keutamaan anda, bukan? Tetapi, pernahkah dia menganggap anda seistimewa ini? Adakah anda keutamaan dia? Tidak.

Anda kekurangan tidur kerana dia tetapi dia sedang lena dengan perempuan lain di fikirannya. Anda menanti mesej daripadanya tetapi dia mungkin sedang menghubungi 'perempuan lain'. Kerana anda bukanlah yang dia mahu. Mungkin anda adalah salah satu daripada kemahuannya. Tetapi, layakkah anda dilayan sebegini? Tidak.

Anda cuba untuk move on tetapi sekali lagi, dia datang dan membalas mesej anda yang pernah anda hantar tiga hari yang lalu. Dia berbual dengan anda dan membuatkan anda rasa istimewa. Dia memberitahu bahawa dia rindukan anda dan membuatkan anda berasa ingin melakukan segala-galanya untuknya. Dia memberitahu bahawa dia tidak suka anda berbual dengan lelaki lain. Itu membuatkan anda ingin meninggalkan semuanya dan melakukan apa sahaja untuk menggembirakan hatinya.

Dia dapat mengawal emosi anda dan hanya dia yang boleh lakukannya. Bagusnya! Tetapi kini dia menghilang semula. Dia ada tetapi bukan untuk anda. Dia update media sosialnya dan keluar bersama rakan-rakannya. Dan anda di sini, menanti dia datang. Jangan risau, dia akan text anda semula apabila dia mahu.

Tetapi, ketahuilah bahawa anda tidak layak untuk semua ini. Anda layak mendapat seseorang yang membuatkan anda rasa anda adalah orangnya. Malah, seseorang itu menerima kekurangan anda dengan sempurna. Jadi, lupakan dia kerana jika anda bukanlah gadis yang dia mahukan, maka dia bukanlah lelaki yang seharusnya anda berikan perhatian.

- Seorang gadis yang akhirnya berputus asa.

Dikuasakan oleh Blogger.