Header Ads

Sungai Bangang Antara Sungai Paling Jernih di Malaysia


Sungai Bangan atau Bangang seperti yang disebut oleh penduduk tempatan, merupakan salah satu sungai yang jarang dilawati di negeri Terengganu. Lihat airnya yang sangat jernih!

Sungai ini terletak di kawasan Gunung Chemerong, Berembu , Langsir (CBL). Mengikut renjer dan pendaki yang berpengalaman, pendakian mengambil masa dua hari satu malam, menandakan pendakian ini agak mencabar dari segi fizikal.

Trek bermula terletak di Hutan Lipur Chemerong di Hulu Dungun, kira-kira 100km dari Hulu Terengganu. Hutan ini terbuka untuk orang awam dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang dan terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.


Selain airnya yang jernih, hutan ini juga mempunyai air terjun Chemerong yang tersembunyi, dan merupakan salah satu air terjun tertinggi di Malaysia.

Secara umumnya, trek bermula dari Hutan Lipur Chemerong. Seterusnya, para pendaki akan meneruskan pendakian mereka ke puncak bukit Chemerong dan Berembun. Anda akan bermalam di kawasan air terjun Langsir, iaitu tempat perkhemahan yang disyorkan. 


Keesokan harinya, para pendaki berpeluang menikmati keindahan matahari terbit ketika di puncak air terjun Langsir sementara mempersiapkan diri untuk perjalanan seterusnya. Anda akan tiba di sungai Bangang selepas 3 jam.

Kekalkan kecantikan alam semulajadi ini. Jangan membuang sampah merata-rata. Jika anda tiada pengalaman mendaki, anda sangat disyorkan untuk ditemani oleh renjer atau pendaki yang berpengalaman! 






Sumber: World of Buzz
Dikuasakan oleh Blogger.