Header Ads

Sukar Menerima Dirinya Hamil Anak Kembar Dengan Sindrom Down, Ini Yang Dilakukannya


Julie McConnel sangat terkejut apabila mendapati bahawa anak dalam kandungannya adalah kembar yang menghidap sindrom Down.

Julie yang berasal dari Idaho telah mempunyai empat orang anak ketika kehamilannya yang kelima ini.

Disebabkan usianya sudah mencecah 45 tahun, dia tahu bahawa memiliki seorang anak atau lebih dengan sindrom Down, pasti cabarannya lebih besar, dan tidak menjangkakan perkara itu.

Oleh kerana Julie dan suaminya bimbang tidak dapat memenuhi keperluan dua janin tersebut, mereka ingin memberikan bayi tersebut sebagai anak angkat.

Namun, mereka membatalkan hasrat itu apabila melihat kembar tersebut yang digelar sebagai 'Goofball Brothers'.

Kini, mereka sangat bersyukur memiliki Milo dan Charlie dan sudah mempunyai perancangan yang bagus untuk pembesaran anak-anak mereka.


















Dikuasakan oleh Blogger.