Header Ads

Seorang Pelajar Membiarkan Telefonnya Dicuri Untuk Dokumentari Ini


Pelajar perfileman Anthony van der Meer sengaja membiarkan iPhone miliknya dicuri. Dia berasa khuatir memikirkan seseorang yang tidak dikenali memiliki maklumat peribadinya.

Manusia jenis apa yang akan mencuri telefon? Ke mana kesudahan telefon tersebut? Ini adalah antara soalan terbesarnya.


Untuk mendapatkan jawapan, Anthony menggunakan sebuah lagi telefon miliknya untuk dicuri secara sengaja, tetapi pada kali ini dia mengikuti pencuri itu menggunakan aplikasi tersembunyi dan membuat satu dokumentari menarik tentang keseluruhan proses tersebut.


"Find my Phone" adalah tidak mustahil kerana aplikasi spyware yang dinamakan Cerberus. Dengan menggunakan aplikasi tersebut, Anthony berjaya menjejaki dan mengawal telefonnya apabila telefon tersebut dinyalakan dan bersambung dengan internet.

Dia dapat mendengar panggilan pencuri itu, membaca mesejnya, mengambil gambar, malah merakam audio serta video.

Pembuat filem ini kemudiannya menggabungkan semuanya dalam video berdurasi 21 minit, menunjukkan betapa mudahnya mengintip seseorang di era digital ini.

Lihat videonya:

Dikuasakan oleh Blogger.