Header Ads

Semakin Ramai Kaum Ibu di Indonesia Menyertai Cabaran di Instagram


Ramai ibu muda di Indonesia menyahut "cabaran" baru di media sosial yang akan menarik perhatian seantero dunia tidak lama lagi.

Digelar #MahmudChallenge, ikutan ini bermula sejak bulan lepas apabila ibu muda mula memuat naik dua gambar mereka: satu gambar diri mereka yang didandan dan bergaya, dan satu gambar lagi ketika mereka mendukung bayi dan berpakaian longgar, yang sering dipakai di dalam rumah sahaja.

Cabaran ini telah tersebar luas dan membuktikan bahawa kaum wanita yang sudah mempunyai anak tetap boleh bergaya walaupun mempunyai tanggungjawab sebagai seorang ibu.

"Mahmud", yang diambil daripada dua gabungan perkataan "mamah" ataupun ibu dan "muda", sering digunakan untuk menggambarkan seorang ibu yang menawan.




Dikuasakan oleh Blogger.