Header Ads

Segala Kebenaran Tentang Seorang Lelaki


Lelaki sering mengatakan bahawa mereka sangat sibuk buat masa ini, mereka baru sahaja putus cinta, ibu bapanya baru sahaja bercerai dan memberikan kesan kepada jiwanya, dan dia perlu fokus pada kariernya.

Bagi lelaki, melompat keluar dari tingkap lebih mudah dari berkata, "Awak bukan orang terbaik untuk saya." Perbuatan mereka telah membuktikan untuk diri mereka bahawa mereka tidak sukakan kamu wahai perempuan.

Dua orang penulis buku "He's Just Not That Into You", Greg Behrendt dan Liz Tuccillo telah memberikan senarai beberapa alasan yang seharusnya dielakkan oleh perempuan yang mencari kebahagiaan.

1. Jika dia tidak mengajak anda untuk dating, dia berkemungkinan tidak begitu berminat terhadap anda.


Jika dia benar-benar sukakan anda, dia akan mengajak anda keluar secepat mungkin.

1. Alasan: "Mungkin dia tak nak rosakkan persahabatan."
Hakikatnya, dia cuma takut untuk mengaku yang dia tidak berminat terhadap anda.

2. Alasan: "Saya rasa dia tidak yakin untuk melakukan langkah pertama."
Anda boleh berikan klu kepadanya supaya dia sedar yang anda sukakan dia, tetapi bukan dengan cara yang provokasi untuk dating. Cukup dengan satu senyuman.

3. Alasan: "Mungkin dia tak nak terburu-buru."
Jika seorang lelaki benar-benar suka akan anda, teetapi dia mempunyai sebab-sebab tertentu mengapa dia tidak ingin bertindak segera, dia akan memberitahu anda dengan segera. Dia tidak akan membiarkan anda terpinga-pinga, supaya anda tidak akan kecewa dan tidak menghilang daripada hidupnya.

4. Alasan: "Tetapi dia berikan saya nombor telefonnya."
Jangan biarkan seorang lelaki menggunakan helah untuk membuatkan anda bertindak dahulu. Jika dia minat pada anda, dia akan berusaha untuk merancang date pertama.

5. Alasan: "Mungkin dia lupa pasal saya."
Tenang. Anda baru sahaja membuat satu tanggapan tentangnya. Sekarang, biarkan. Dia tidak akan lupakan anda walau apa yang berlaku.

Lelaki tidak pernah berfikir seperti, "percintaan kita akan merosakkan persahabatan kita."

2. Dia tidak begitu berminat pada anda jika dia tidak menghubungi anda.


1. Alasan: "Tapi dia kena banyak travel."
Jika dia sukakan anda, dia akan meluangkan masa dengan anda.

2. Alasan: "Tapi dia ada banyak benda yang perlu difikirkan."
Bukan satu perkara yang normal jika dia terlupa untuk menghubungi anda.

3. Alasan: "Dia tak maksudkan apa yang dia cakap."
Kebanyakan lelaki akan menyuarakan apa yang mereka fikir anda ingin dengar. Adakah berbaloi jika lelaki itu berjanji tetapi tidak menunaikannya?

4. Alasan: "Tapi dia betul-betul sibuk."
Perkataan "sibuk" hanyalah alasan. Dia akan cari waktu untuk menghubungi anda walau sesibuk mana sekalipun.

Jika dia tidak menghubungi anda, anda tiada dalam fikirannya.

3. Dia tidaklah begitu sukakan anda jika dia tidak ingin mengahwini anda.



Mana-mana lelaki yang berkata tidak ingin berkahwin, atau tidak percaya kepada perkahwinan, atau mempunyai "isu" dengan perkahwinan, akan berkahwin juga satu hari nanti. Cuma bukan dengan anda.

Ada perbezaan antara "dia tidak ingin berkahwin" dan "dia tidak ingin berkahwin dengan saya". Kenalpasti kategori lelaki itu.

4. Dia tidak berminat dengan anda jika dia memutuskan hubungan dengan anda.


1. Alasan: "Tapi dia masih rindukan saya."
Benar, dia seharusnya rindukan anda kerana anda seorang yang sangat unik. Namun, dia masih lelaki yang sama yang baru sahaja putus dengan anda.

2. Alasan: "Tetapi keputusan ini untuk memudahkan keadaan."
Ini satu perkara yang lelaki tidak akan lakukan jika dia tidak dapat bersama dengan anda: putus dengan anda.

3. Alasan: "Tapi kami masih rapat."
Ya, anda berkongsi pelbagai perkara tetapi ini tidak akan membuatkan anda kembali bersama dengannya.

4. Alasan: "Tapi dia ingin bersama semula."
Ini yang paling menyedihkan. Dia tidak lagi berminat pada anda, tetapi dia hanya berasa sunyi.

5. Dia tidak berminat pada anda jika dia menghilang.

Terbukti dia tidak berminat pada anda apabila dia tidak meninggalkan pesanan perpisahan.

Apabila tiada jawapan ke mana dia menghilang, itulah jawapannya. Jangan biarkan dia mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang sama buat kali kedua.

6. Dia tidak begitu berminat pada anda jika dia sudah berkahwin.

Jika anda tidak dapat bercinta dengan bebas, itu bukan cinta.

Ingat, dia sudah berkahwin. Dia bukan milik anda. Masih ramai lagi lelaki bujang di luar sana yang penyayang dan menarik.

7. Dia tidak berminat pada anda jika dia berkelakuan teruk.


Jika dia benar sukakan anda, dia akan melakukan apa sahaja supaya anda gembira.

1. Alasan: "Tapi dia sedang cuba untuk berubah."
Orang yang bercinta selalunya cuba untuk berkelakuan baik. Tetapi jika dia masih bersikap begitu, dia tidak begitu suka akan anda.

2. Alasan: "Dia dibesarkan dengan cara begitu."
Dia tidak perlu untuk suka apa yang anda suka, tetapi lelaki baik yang matang akan cuba untuk sayang keluarga dan kawan-kawan anda.

Dikuasakan oleh Blogger.