Header Ads

Sains Menerangkan Sebab Orang Bijak Memilih Untuk Bersendirian


Pakar psikologi benar-benar mempunyai idea apa yang membuatkan manusia gembira. Menari menceriakan kita. Berada dalam persekitaran semulajadi membuatkan kita bahagia. Dan, untuk kebanyakan orang, selalu berhubung dengan kawan yang baik membuatkan hidup kita lebih terisi.

Itu pun jika anda sangat, sangat bijak.

Satu kajian telah dijalankan yang mana hasilnya menunjukkan orang yang cerdik mengalami keadaan kurang berpuas hati apabila sering bersosial dengan kawan-kawan. Mereka merasakan lebih gembira jika bersendirian.

Kajian dijalankan terhadap 15,197 individu berumur antara 18 hingga 28 tahun. Soal selidik ini mengukur kepuasan hidup, kebijaksanaan, dan kesihatan.


Analisa data ini mendedahkan bahawa berada dalam khalayak terlalu ramai selalunya membawa kepada perasaan tidak bahagia, sementara bersosial dengan rakan membawa kebahagiaan - jika rakan itu juga bijak.

Tidak bermakna jika anda berasa seronok dengan rakan-rakan anda tidak bijak. Tetapi ini memberi maksud bahawa orang yang cenderung menghabiskan masa mereka berseorangan bukanlah seorang yang sunyi. Mereka memilih cara sebegitu.
Dikuasakan oleh Blogger.