Header Ads

Remaja Dari Singapura Memperolehi Biasiswa Daripada Mark Zuckerberg


Deanna See, 17, berjaya memperolehi biasiswa universiti sebanyak lebih USS250,000 daripada dana yang disalurkan oleh pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Deanna menjelaskan topik kompleks tentang ketahanan antibiotik menggunakan marker dan patung Lego melalui video berdurasi lima minit, dan menjadikannya seorang juara di Breakthrough Junior Challenge.


Cabaran ini memerlukan peserta menerangkan konsep yang sukar dalam matematik, sains hayat atau fizik dengan video yang original. Cabaran ini mendapat lebih 6,000 penyertaan dari 146 negara.

Selain biasiswa tersebut, dia juga memperolehi US$50,00 untuk guru yang memberi inspirasi kepadanya, dan US$100,000 untuk menubuhkan makmal sains baharu di sekolahnya.


Namun, guru Biologinya, Wong Seok Hui akan mendermakan wang tersebut kepada program biasiswa sekolah memandangkan dirinya tidak boleh menerima wang tersebut sebagai pekerja kerajaan.

Lihat videonya :

Dikuasakan oleh Blogger.