Header Ads

Rakyat Malaysia Obses dengan Gula dan Garam


Persatuan Pergigian Malaysia mengatakan obsesi ini menyebabkan rakyat Malaysia mula kehilangan kemampuan untuk menghargai dan menikmati pelbagai rasa yang ada pada buahan segar, sayuran, dan daging.

Keadaan ini juga memberi kesan ke atas kesihatan kita, dalam masa yang sama akan meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan dalam rawatan.



Rakyat Malaysia juga dilabel sebagai orang paling gemuk di Asia dengan kadar peningkatan diabetes yang paling cepat di dunia.

Kementerian Kesihatan juga mengumumkan baru-baru ini, bahawa kerajaan membelanjakan RM4 bilion setahun untuk merawat masalah berkaitan diabetes.


Makanan bergoreng, dan yang tinggi dengan gula dan garam adalah makanan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia dan mendapat jualan yang tinggi.

Dikuasakan oleh Blogger.