Header Ads

Phone Jatuh Dalam Air? Cuba Gunakan Benda Ini Yang Lebih Bagus Daripada Beras


Simpan beras anda untuk makan malam!

Walapun anda tidak tahu apa nama benda ini, anda akan tahu apa itu silica gel sachet apabila melihatnya.


Paket ini selalu ada dalam kotak kasut baru, di dalam beg baru, dan dalam poket kot.

Selalunya, ramai yang membuangnya ke dalam tong sampah kerana tidak tahu kegunaan gel ini.

Paket kecil ini mempunyai beberapa fungsi yang berbaloi.

1. Boleh menyelamatkan telefon anda daripada rosak akibat air

Kita semua berasa geram apabila telefon jatuh secara tidak sengaja ke dalam tandas mahupun cecair.

Cara yang terkenal adalah menggunakan beras. Tetapi, jika anda menggantikannya dengan gel silika, hasilnya membuatkan anda terkejut.

Gel silika ini mengandungi silikon dioksida, yang mampu mengeringkan segala yang berada di sekelilingnya, membuatkan gel ini lebih efisien dalam menghilangkan kelembapan!

2. Mengelakkan tingkap kereta anda berkabus


Waktu awal pagi adalah lebih sejuk, ramai yang keluar pada waktu ini mendapati cermin kereta mereka berkabus.

Namun, jika anda mempunyai segenggam gel silika ini, anda boleh meletakkannya di dalam kereta anda, di bawah cermin depan untuk mempercepatkan proses nyahkabus.

3. Pisau pencukur tahan lebih lama

Jika anda meletakkan pisau pencukur dalam sebuah bekas dengan beberapa sachet gel, gel tersebut akan menyerap semua kelembapan. Ini bermakna, pisau tersebut tidak akan berkarat dan tahan lebih lama.

Sangat berbaloi apabila anda menggunakannya selama yang mungkin.

Dikuasakan oleh Blogger.