Header Ads

Cara Alternatif Untuk Pesara Yang Masih Memerlukan Pekerjaan


Peratusan peningkatan pergantungan populasi persaraan tidak dapat dielakkan apabila minimum umur persaraan untuk pekerja sektor kerajaan di negara ini pada usia 60 tahun, di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012.

Selain itu, hanya 20 peratus daripada pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dapat menampung keperluan hidup ketika bersara.

80 peratus lagi tidak diketahui keadaan mereka. Ada sebahagian antara mereka yang mendapat bantuan daripada keluarga, tetapi bagaimana pula dengan yang lain atau mereka yang kurang bernasib baik?

Ketika di usia 60 tahun dan bersara, majoriti pesara dalam keadaan sihat dan mampu bekerja. Negara kita mempunyai jutaan pekerja asing dan sebahagian daripada mereka boleh digantikan dengan pesara kita.

Di kebanyakan negara asing, kebanyakan orang yang melakukan kerja pembersihan di lapangan terbang adalah mereka yang lebih berusia. Tambahan pula, ada yang bekerja sebagai tukang cuci di pusat membeli-belah dan pusat bisnes.

Tempat-tempat tersebut adalah tempat yang selamat untuk mereka bekerja.

Sumber: New Straits Times Online
Dikuasakan oleh Blogger.