Header Ads

Permintaan Gaji Tidak Realistik Fresh Graduate Punca Tidak Mempunyai Pekerjaan


Permintaan gaji yang tidak realistik juga merupakan salah satu punca permohonan pekerjaan ditolak, selain bersikap terlalu memilih sesuatu pekerjaan itu.

Ramai yang beranggapan mempunyai sijil kelulusan itu satu bonus, tetapi pengalaman adalah lebih penting dalam merunding gaji.

Statistik daripada Jobstreet mengatakan 68% graduan universiti mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap gaji, malah 30% daripada mereka meletakkan RM6,500 sebagai gaji permulaan!


Selain kelulusan yang bagus, ramai majikan lebih cenderung memilih calon yang dapat bertutur dan menulis bahasa Inggeris dengan baik dalam era globalisasi ini.

Mempunyai kemahiran pertuturan dalam dua bahasa atau lebih juga adalah pilihan ramai majikan kerana kemampuan calon menguruskan klien yang tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris.

Tidak dinafikan keperluan harian yang mendesak mereka sehingga meletakkan gaji yang tinggi. Namun, tidak sewajarnya meletakkan RM6,500 sebagai gaji pertama.

Ramai rakyat Malaysia juga berdepan masalah yang sama terutama mereka yang tinggal di bandar.

Jadi, apa pendapat anda? Adakah fresh grads di Malaysia meminta gaji yang terlalu tinggi, atau ianya berpatutan?


Dikuasakan oleh Blogger.